Setiausaha Akhbar Mujahid Dakwa The Star Salah Lapor, Tuntut Mohon Maaf Secara Terbuka Dalam Tempoh 24 Jam


Akhbar berbahasa Inggeris, The Star digesa agar memohon maaf secara terbuka kerana menulis laporan yang salah sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini, Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, Siti Zulaikha Zulkifli, berkata permohonan maaf itu perlu disiarkan dalam akhbar dan portal mereka.

Katanya, jika perkara berkenaan tidak dibuat dalam tempoh 24 jam, tindakan lebih tegas akan diambil.

Semalam, akhbar itu menyiarkan laporan bertajuk ‘No More Moral Policing’ serta versi online ‘No more night khalwat raids or intrusion into Muslims private lives, says Mujahid’. (‘Tiada lagi kepolisan moral’ dan ‘Tiada lagi serbuan khalwat waktu malam atau menerjah kehidupan peribadi orang Islam, kata Mujahid’).


https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/10/06/putting-compassion-into-practice-mujahid-aims-to-change-mindset-of-conservative-religious-civil-serv/

Siti Zulaikha turut menegaskan bahawa tiada langsung dalam temu bual bersama media berkenaan Mujahid mengeluarkan kenyataan seperti tajuk yang ditulis akhbar berbahasa Inggeris berkenaan.

Katanya, selepas penelitian dibuat, beliau mendapati Mujahid langsung tidak menyebut perkataan seperti yang ditulis dalam berita berkenaan pada perenggan pertama iaitu ‘No more knocks on the door in the middle of the night and no more breaking down of doors by the religious authorities investigating reports of khalwat or other alleged wrongdoings. (Tiada lagi ketukan di pintu pada waktu tengah malam dan tiada lagi perbuatan pecahkan pintu oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan mengenai khalwat atau dakwaan kesalahan-kesalahan lain.)

“Ekoran tajuk yang disensasikan serta perenggan pertama yang ditulis berdasarkan interpretasi wartawan media itu, berita ini menjadi viral sehingga menyebabkan salah faham terutama terhadap umat Islam di negara ini.

“Saya amat menghormati kebebasan media, namun ini tidak bermakna pihak media boleh menulis berita di luar konteks sehingga tercetusnya perdebatan awam dan memberi impak negatif kepada beliau (Mujahid),” katanya. - BERNAMA
KONGSI KE GOOGLE+

About Myfokus Online

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment