Saiful Bukhari Timbulkan Suasana Panas Pada Sidang Media BERSIH Di #PRKPD


Sidang media badan bukan kerajaan (NGO) BERSIH selaku pemantau pilihan raya sedikit ‘panas’ apabila calon Bebas mendesak badan bebas itu mendedahkan nama calon PRK Parlimen Port Dickson yang telah melanggar peraturan dengan menggunakan jentera kerajaan.

Perkara itu dipercayai merujuk kepada program yang dihadiri calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kem tentera dalam satu program bersama Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ketika kempen PRK Port Dickson.

Perkara itu dibangkitkan calon Bebas, Saiful Bukhari Azlan yang kemudiannya disokong oleh seorang lagi calon Bebas, Lau Seck Yan, 51.

Seck Yan kemudiannya mendesak pemangku Pengerusi BERSIH 2.0, Shahrul Aman Mohd Saari mendedahkan nama calon berkenaan yang dimaksudkan oleh Saiful.

Namun, Shahrul Aman enggan menyebut nama Anwar yang mengundang rasa kurang senang Seck Yan.

Beliau berkata, BERSIH sepatutnya betul-betul ‘bersih’ jika mahu memastikan pilihan raya yang telus dan perlu mendedahkan nama calon yang melanggar peraturan.

“Jika saya langgar peraturan dedah nama saya supaya saya boleh perbaiki sebab kami bukan maksum, dan BERSIH kenalah benar-benar bersih,” katanya.

Shahrul Aman yang diasak kemudiannya mendakwa beliau hanya mengetahui perkara itu melalui laporan media dan belum menerima aduan rasmi.

Terlebih dulu, Saiful berkata, ada calon yang telah menggunakan tentera dan kementerian kerajaan dipercayai merujuk kepada Anwar dalam kempen PRK Port Dickson.

“Ada calon telah guna tentera, guna kenderaan rasmi, kementerian dan masjid digunakan untuk berucap, di situ jelas salah guna ikrar nombor tiga (ikrar BERSIH).

“Saya minta beliau yang tanda tangani (ikrar BERSIH) supaya mematuhi ikrar,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Anwar menyertai program bersama tentera dan menyampaikan kuliah di masjid ketika kempen.

KONGSI KE GOOGLE+

About Myfokus Online

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 Komentar :

  1. Bukan ke Bersih ni dah ditukar nama jadi KOTOR?

    ReplyDelete