Pelumba Cub Prix Meninggal Dunia Terbabit Kemalangan


Seorang pelumba Cub Prix, Muhammad Haziq Zaulkafli, 24, meninggal dunia selepas terlibat kemalangan, malam semalam.

Allahyarham merupakan pelumba dari pasukan Maju Mega Bike (MMB) disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, petang tadi.


Pengurus Pasukan MMB, Amirul Johari Azman berkata, allahyarham besama-sama rakan dalam perjalanan pulang selepas program Gatherings Honda RS di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, difahamkan ketika sampai di susur keluar Tambun, Muhammad Haziq dilanggar sebuah kereta.

"Masa kemalangan itu, lagi 5 kilometer dia nak sampai rumah. Haziq tercampak dan terkena pembahagi jalan.

"Selepas itu, dia dihantar ke HRPB sebelum disahkan meninggal dunia jam 4.15 petang tadi," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, allahyarham merupakan Juara Keseluruhan Petronas Sprinta Pro Am Cup kejohanan Cub Prix Malaysia.

Amirul Johari berkata, perlumbaan terakhir Muhammad Haziq adalah di Perlis pada 22 September lalu.

"Arwah baru dapat jentera Modenas untuk R&D bagi kategori CP115. Sepatutnya dia sertai perlumbaan Cub Prix di Terengganu pada 5 Oktober nanti.

"Insya-ALLAH, esok jam 9 pagi arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tasek," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby mengesahkan kejadian kemalangan tersebut membabitkan sebuah motosikal Honda FS150FH3 dengan sebuah kereta jenis Honda Civic di KM 276.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa bergesel dengan motosikal yang lain sebelum terjatuh di kawasan jalan tersebut.

"Kemudian datang kereta Honda Civic dipandu seorang lelaki terlanggar motosikal yang jatuh itu. Penunggang tersebut dihantar dengan ambulans ke HRPB.

"Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

KONGSI KE GOOGLE+

About Myfokus Online

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment