Kenapa Zeti Aziz Tidak Ditahan Berhubung Dana Masuk Ke Akaun Najib, Soal Lokman Adam


Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa terdapat rancangan untuk mengenakan 100 pertuduhan di mahkamah terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Lokman yang mendakwa mengetahui perkara tersebut melalui sumber terdekat kerajaan, berkata selain Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga akan ditahan pihak berkuasa.

“Ada khabar angin yang kita dengar, Rosmah akan dibawa ke SPRM, akan ditahan dan dibawa ke mahkamah untuk dituduh. Perkara sama akan berlaku terhadap Zahid dan Najib.

“Sekarang ini sudah ada 21 pertuduhan, ada rancangan untuk kenakan 100 pertuduhan kepada Najib, inilah caranya untuk menghalang Najib dari bersuara,” katanya di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, hari ini.

Lokman menambah, beliau sendiri hairan mengapa bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Aziz tidak ditahan berhubung dana yang masuk ke akaun peribadi Najib.

“Kebenaran sudah diberikan oleh Zeti, ada 4 surat dikeluarkan sebelum wang itu dimasukkan ke dalam negara. Kita difahamkan individu yang menasihati Najib adalah Zeti.

“Kenapa Zeti tidak dituduh seperti yang dituduh Jabatan Peguam Negara terhadap Najib dan Rosmah, ini tidak boleh diterima langsung.

“Bahkan saya tidak faham kenapa SPRM menuduh Najib tanpa keterangan Pengarah SRC International Sdn Bhd (SRC International), Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil,” katanya.

Hari ini, Najib dan Rosmah disoal siasat polis serta SPRM di 2 lokasi berasingan. Najib tiba di Menara KPJ di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur yang merupakan ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Rosmah pula tiba jam 10.40 pagi di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, 5 hari selepas disoal siasat selama 13 jam berhubung dakwaan peranannya dalam skandal 1MDB.

-FMT
KONGSI KE GOOGLE+

About Myfokus Online

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment