Janji Lesen Motosikal Percuma Pakatan Harapan Hanya Digantikan Dengan Diskaun RM7?


Hari ini portal Oh! Media melaporkan Kerajaan Pakatan Harapan melalui Menteri Pengangkutannya, Anthony Loke telah memaklumkan  bahawa kos untuk ujian komputer memandu akan diturunkan kepada RM20 berbanding RM27 sekarang.

Menurut Loke, kos RM7 yang dikurangkan berikutan meliberisasikan sistem sekarang yang dikendalikan 3 syarikat. Kementerian telah memutuskan untuk membuka ujian komputer kepada semua institut dengan penggredan 3 bintang ke atas selain menjadikan ujian memandu lebih mudah untuk diakses orang awam.

Untuk rekod, ujian teori berkomputer adalah sebahagian syarat perlu lulus selain ujian amali untuk memperolehi lesen memandu di negara ini. Ujian ini juga terpakai untuk kategori motosikal, kereta mahupun apa sahaja jenis kategori kenderaan yang menggunakan jalanraya.

Kenyataan yang dikeluarkan Loke ini ternyata amat bertentangan dengan janji yang dibuat oleh Pemuda Harapan pra pilihanraya umum ke-14 (PRU14) sebelum ini.

Pemuda Harapan melalui janji yang diungkapkan pada 6 Januari 2018 menyatakan bahawa, sekiranya Pakatan Harapan diberikan mandat untuk mentadbir Putrajaya pasca PRU14, rakyat akan menikmati internet pada harga yang lebih murah dan lesen motosikal percuma seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

SUBANG JAYA - Penggunaan internet dengan harga lebih murah dan yuran lesen motosikal percuma; itu janji Pemuda Harapan jika kerajaan menjadi milik Pakatan Harapan (Harapan) selepas PRU14 nanti. 
Ahli Majlis Pimpinan Tinggi Bersatu, Ulya Awamah Husamuddin berkata, bantuan itu diberikan kerajaan Harapan untuk membantu anak muda yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup masa kini.

"Dengan keadaan gaji rendah dan tidak meningkat, anak muda menjadi golongan yang paling tertindas dan terpinggir di negara ini. 
"Harapan akan menggandakan kelajuan internet sebanyak dua kali daripada kelajuan terkini, dengan kadar separuh daripada harga semasa," katanya ketika membentangkan 10 Tawaran Anak Muda Harapan, di sini, hari ini.

Harapan dalam masa sama turut menjanjikan capaian internet meliputi seluruh kawasan termasuk kawasan luar bandar. 
Dalam masa sama, pihak Harapan turut mengesahkan akan membatalkan yuran perlesenan motorsikal bagi semua anak muda. 
"Pemuda Harapan komited membela kebajikan penunggang motorsikal di negara ini. 
"Laluan motorsikal dan tempat berteduh bagi motorsikal akan ditambah, termasuk lain-lain insfrastruktur yang sekian lama diabaikan kerajaan BN selama ini," katanya. -Sinar Harian

Selain janji untuk memberikan lesen motosikal percuma, Pakatan Harapan yang kini menerajui tampuk kepimpinan Putrajaya juga telah gagal untuk merealisasikan kesemua 10 janji 100 hari mereka.



KONGSI KE GOOGLE+

About Myfokus Online

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment