Dikehendaki Polis : Pelakon Intan Najuwa Tampil Beri Penjelasan


Pelakon Intan Najuwa menjelaskan, dia terkejut apabila menerima panggilan bertubi-tubi daripada pelbagai pihak apabila namanya dikehendaki polis bagi menjadi saksi perbicaraan membabitkan kes dadah.

Intan, 21, yang juga pelakon drama Kekasih Paksa Rela berkata, insiden tersebut membuatkan dirinya seolah-olah seorang penjenayah yang dikehendaki pihak berkuasa.

Sedangkan, katanya, dia hanya dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi dikehendaki bagi prosiding berkaitan kes dadah yang berlaku kira-kira tiga tahun lalu.

“Saya dikehendaki sebagai seorang saksi bukan penjenayah. Saya sudah menerima surat sebagai saksi tiga tahun lalu dan diberi pilihan untuk hadir atau tidak. Saya pilih tidak hadir.

“Ketika itu saya tidak mahu memanjangkan masalah. Tetapi saya terkejut apabila ada berita yang mengatakan polis mengkehendaki saya.

“Kalau saya seorang penjenayah, saya tidak akan bersenang-senang sekarang,” katanya ketika dihubungi UTUSAN ONLINE di sini hari ini.

Intan atau nama penuhnya, Intan Najuwa Abdul Wahid dikesan pihak polis bagi menjadi saksi penting perbicaraan membabitkan kes dadah di Mahkamah Muamalat dan Insolvensi, Shah Alam pada 8 Oktober sehingga 10 Oktober ini.

Dalam pada itu, Intan meluahkan rasa kesal apabila berita tersebut telah mengundang pelbagai spekulasi warganet yang mengaitkan dia dengan kes dadah.

“Saya merokok pun tidak apatah lagi mengambil bahan terlarang. Saya kecewa apabila reputasi sebagai anak seni tercalar sebegini rupa. Saya tak mahu nama buruk sebab perkara yang bukan salah saya,” katanya.

Intan bagaimanapun akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi membantu kes tersebut sekaligus membersihkan namanya yang tercalar dek kerana berita tidak tepat itu. - UTUSAN ONLINE
KONGSI KE GOOGLE+

About Myfokus Online

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment