[VIDEO] Penulis Billion Dollar Whale, Tom Wright Dimalukan Di Majlis Pelancaran


Pengarang bersama Billion Dollar Whale, Tom Wright semalam menyatakan bahawa antara sumber maklumat mereka dalam menerbitkan buku itu adalah beberapa model dari majalah lucah Playboy.

Wartawan Wall Street Journal (WSJ) itu berkata, beliau memperoleh nombor telefon model majalah Playboy itu yang terkandung dalam emel dan kononnya dari buku dimiliki Red Granite iaitu syarikat kepunyaan Riza Aziz, anak tiri Datuk Seri Najib Razak.

Sewajarnya, untuk merungkai sebuah skandal besar seperti 1MDB, pengarang buku tersebut harus merujuk kepada sumber yang lebih berintegriti berbanding individu yang bergelar model majalah lucah. Bagi seorang model majalah lucah, integriti mereka boleh dipertikaikan kerana mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang termasuk mendedahkan susuk tubuh tanpa seurat benang kepada umum.

Sementara itu, ketika majlis soal jawab bersama wartawan dan orang awam, Tom Wright sekali lagi dimalukan oleh seorang peserta, Isham Jalil yang menanyakan tentang bukti berkaitan skandal 1MDB dan ia gagal dijawab dengan baik oleh Wright.

Berikut adalah sebahagian transkripsi soalan yang dilontarkan Isham Jalil dan jawapan daripada Wright berdasarkan video yang tersebar di media sosial;

Isham Jalil: Is there evidence in your book, or whatever, that can hold up in court… that says Najib Razak is guilty of corruption with regards to this 1MDB scandal? 
Pengarang: A lot of reporting in the book comes from ongoing global investigations into this matter, right, so a lot of what we do is triangulating…er…through documents from Singapore…from US… 
Isham Jalil: Triangulating? That’s not what I asked. Evidence…I wanna see evidence…you know, evidence that can implicate him directly…because you talk about Jho Low a lot…is there evidence… 
Pengarang: Err. I…err…I…I…


KONGSI KE GOOGLE+

About Myfokus Online

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment