[VIDEO] Jambatan Runtuh Bukan Dibawah Kendalian JKR


Insiden jambatan runtuh di Serdang, Kedah yang meragut nyawa dua remaja, Muhammad Haikal Hakimi Mohd Noor iaitu pembonceng motosikal jenis Yamaha LC135 dan Mohamad Haziq Ishak, sebagai penunggang, telah menarik perhatian ramai pihak.

Susulan itu, ada segelintir pihak yang kurang usul periksa meletakkan kesalahan di atas bahu Jabatan Kerja Raya lantaran agensi itu adalah agensi pelaksanaan teknikal terbesar negara.

Walau bagaimanapun, berdasarkan semakan dari maklum balas Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md. Taha melalui twitter beliau, projek itu dikatakan adalah hakmilik Pihak Berkuasa Tempatan.


Sekalipun jambatan runtuh berkenaan bukan berada dibawah kendalian dan tanggungjawab Jabatan Kerja Raya, melalui tweet  yang sama, beliau memaklumkan bahawa jabatan itu telah membantu untuk menyediakan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) serta menyediakan lencongan untuk memastikan keselesaan penduduk.




KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment