[VIDEO] Perlantikan Petron Cetus Konflik Moral - Najib


KUALA LUMPUR 31 Ogos - Pelantikan Petron Fuel International Sdn. Bhd. (Petron) sebagai satu daripada pembekal minyak petrol dan diesel kenderaan Kerajaan Persekutuan mencetuskan konflik moral.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan, mengapa kerajaan tidak menggunakan perkhidmatan Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

"Petronas ini milik negara, milik rakyat Malaysia dan Petronas merupakan sebuah syarikat yang sudah pun menjadi kebanggaan negara Malaysia.

"Dan sudah tentu timbul persoalan tentang pemilik Petron yang boleh menjadi konflik dari segi keputusannya, dari sudut sekurang-kurang dari segi moral," katanya ketika ditemui dalam majlis Riadah Merdeka 1Malaysia, di sini hari ini.

Semalam, tular di media sosial mengenai pelantikan syarikat Petron yang dikaitkan dengan anak Perdana Menteri, Mirzan Tun Dr.Mahathir sebagai pembekal minyak petrol dan diesel untuk kenderaan kerajaan.

Kementerian Kewangan kemudian menjelaskan, Petron bukanlah pembekal tunggal minyak petrol dan diesel kenderaan untuk Kerajaan Persekutuan.

Tegas kementerian itu, Petronas dan Shell masih lagi merupakan pembekal minyak petrol dan diesel semenjak 1997 untuk kegunaan kenderaan kerajaan. - UTUSAN ONLINE

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment