[VIDEO] Ejen Terlepas Tembakan Ketika Asyik Menari


LOS ANGELES – Polis sedang menyiasat insiden seorang ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang tidak bertugas secara tidak sengaja menembak seorang lelaki apabila melakukan aksi melompat ke belakang di sebuah kelab malam Colorado, lapor media tempatan semalam.

Video diperoleh stesen televisyen tempatan menunjukkan ejen lelaki tinggi lampai itu, dengan kumpulan pengunjung di sebelahnya menari penuh bersemangat sebelum melakukan aksi lompat ke belakang.

Malangnya, tindakan itu menyebabkan pistolnya jatuh daripada seluar dan dia gagal menyambutnya sebelum alat itu melepaskan tembakan dan terkena seorang lelaki pada bahagian kaki.

Mangsa tembakan kini dirawat dengan kecederaan tidak mengancam nyawa, kata stesen televisyen tempatan sekutu ABC.

Ejen itu dibawa ke ibu pejabat polis dan kemudian dilepaskan kepada pengawal selia FBI. – AFP


KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment