UMNO Perlu Kekal Parti Melayu - Ku Li


KUALA LUMPUR: Tan Sri Tengku Razaleigh percaya Umno perlu kekal parti Melayu walaupun berdepan desakan berterusan supaya parti itu membuka keahlian kepada kaum lain.

Beliau berkata, sentimen akar umbi sangat kuat dan parti tersebut lahir daripada nasionalisme Melayu.

“Umno dilahirkan oleh perhimpunan pertubuhan Melayu pada 1946 kerana ancaman kepada kedaulatan negara,” katanya merujuk kepada rancangan penjajah British menghapuskan persekutuan Tanah Melayu dan digantikan dengan Malayan Union.

“Pada waktu itu semua pertubuhan Melayu berhimpun di Kuala Lumpur dan memutuskan mereka perlu bersatu untuk menubuhkan parti Melayu. Umno lahir dan berjuang menentang kuasa penjajah. Mereka wira kita.”

Menerima 1-2 bukan Melayu sebagai ahli, seperti dibuat oleh beberapa parti lain tidak akan mengubah wajah Umno, kata Tengku Razaleigh.

“Saya boleh kata saya ‘multiracial’ sebab saya pernah berkahwin dengan wanita bukan Melayu, tapi saya bukan ‘multiracial’ dari sudut itu,” katanya di kediaman beliau hari ini.

Katanya presiden pertama Umno, Datuk Onn Jaafar meninggalkan parti selepas cadangan beliau membuka keahlian Umno tidak diterima. “Tidak mungkin beliau boleh kekal dalam Umno,” kata beliau.

Pendaftaran Umno dibatalkan sewaktu Dr Mahathir menjadi perdana menteri selepas penyokong Tengku Razaleigh memfailkan saman terhadap parti itu.

Tengku Razaleigh kemudian menyertai pembangkang dan menubuhkan parti Semangat 46.

Selepas tidak berjaya bergerak di luar Umno, Tengku Razaleigh kembali kepada Umno yang didaftarkan semula oleh Dr Mahathir dengan nama Pertubuhan Melayu Bersatu Malaysia (Baru), tetapi mengekalkan nama Inggeris.



- FMT

Untuk rekod, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam kenyataannya yang dipetik oleh portal AmazingNara pernah membayangkan UMNO perlu berubah dan pertimbang buka keahlian untuk semua kaum.

Klik untuk baca artikel penuh

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment