Tajul Akui Sudah Beristeri?


PENYANYI Tajul enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan dia sudah berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Nurul Syamieza Eddie berdasarkan rakaman video yang tersebar.

Dalam rakaman itu, Tajul atau Tajul Ariff Noor Md Shari, 20, yang juga adik kepada kepada Allahyarham Achik Spin menyebut perkataan ‘wife’ yang ditujukan kepada wanita yang berada di sebelahnya.

Malah, status profil wanita itu di laman Instagram yang menggunakan akaun @icaaeddie meletakkan tanda #T Love #immarried.

“No komen,” katanya ringkas kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai panggilan ‘wife’ itu, Tajul yang popular menerusi lagu Sedalam Dalam Rindu berkata ia sekadar gurauan.

“Saya belum berkahwin lagi. Insya-Allah selepas habis kontrak dengan syarikat rakaman FMC nanti. Sekarang, tinggal tiga tahun lagi.

“Mengenai panggilan ‘wife’ berkenaan, sebenarnya saya saja bergurau. Tidak menjangka pula ia jadi tular,” katanya.

Terdahulu video itu tular selepas akaun Instagram sebuah butik pakaian memuat naik video ucapan Tajul yang baru selesai membeli baju untuk wanita yang dipanggil isteri.

Ruangan komen IG butik itu dibanjiri pertanyaan netizen yang bertanya sejauh mana kebenaran perkara itu. Malah, ada antaranya terkejut mengenai pengakuan Tajul.

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment