Subkhiddin, Raj Wakili Malaysia Ke Piala Dunia


KUALA LUMPUR 6 Jun - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) selepas dua exconya, Subkhiddin Mohd. Salleh dan Christopher Raj dipilih oleh badan induk itu untuk bertugas pada Piala Dunia 2018 di Rusia dari 14 Jun hingga 15 Julai.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dalam satu kenyataan berkata, Subkhiddin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM telah bertugas sebagai Instruktur Teknikal Pengadil di Moscow sejak 31 Mei lepas hingga 17 Julai ini.

Subkhiddin Mohd. Salleh
“Skop tugasan Subkhiddin adalah merancang persiapan pengadil dari aspek teknikal, menganalisis prestasi pengadil, memberi penjelasan teknikal kepada pemain dan pegawai pasukan bertanding serta memberi maklum balas mengenai prestasi pengadil sepanjang kejohanan,” kata Hamidin.

Beliau memaklumkan Raj yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam FAM pula akan bertugas dari 6 Jun hingga 10 Julai sebagai Pegawai Media untuk venue perlawanan di Stadium Spartak, Moscow.

Raj ditugaskan untuk memastikan operasi media di venue berkenaan berjalan lancar termasuk urusan pengendalian sidang media, fasiliti dan lain-lain keperluan media.

“FAM berasa bangga dengan pelantikan Subkhiddin dan Christopher ini dan berharap kedua-dua mereka dapat menjalankan tugas dengan baik di sana, sekali gus mengharumkan nama Malaysia dan FAM. Selamat maju jaya!,” kata Hamidin. - BERNAMA

KONGSI KE GOOGLE+

About Myfokus Online

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment