Selepas Sarawak, Salleh Said Keruak Komen Nasib BN Di Sabah


UMNO Sabah tetap bersama Barisan Nasional (BN) meskipun parti tempatan Sarawak mengambil keputusan meninggalkan perjuangan BN.

Bagaimanapun UMNO Sabah tetap menghormati keputusan parti-parti Sarawak itu untuk keluar dari BN atas alasan-alasan yang dinyatakan.

“Kita ucapkan selamat berjuang.

“Di Sabah, masih ramai ahli-ahli dan penyokong-penyokong parti yang masih setia dengan perjuangan UMNO. Mereka telah bekerja keras untuk memenangkan calon-calon BN semasa PRU14.

“Kita tidak akan meninggalkan UMNO Malaysia hanya kerana kegagalan membentuk Kerajaan. Setiakawan mesti kita pelihara. Kita harus terus memperkukuhkan parti sebagai pilihan alternatif kepada rakyat. Apa pun tindakan yang diambil semestinya melalui muafakat antara kita. Tindakan tergopoh-gopoh akan merugikan kita.

“Ketika ini kita tumpukan untuk menentukan proses pemilihan kepimpinan parti yang berlangsung pada 30 Jun akan berjalan lancar,” kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dalam satu catatan di laman blognya, pada Rabu.

Salleh berkata, berbeza pendirian politik bukannya satu kesalahan dan tidak semestinya bermusuh.

“Kita amalkan politik matang demi Negara dan Rakyat Malaysia tercinta,” katanya.
KONGSI KE GOOGLE+

About Myfokus Online

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment