Selepas Reunion, Spice Girls Akan Tampil Dengan Filem Superhero Animasi


SELEPAS dilaporkan kembali bersatu semula pada Mac lalu, Emma Burton mengesahkan kumpulan Spice Girls sedang mempertimbangkan untuk membuat filem superhero animasi mereka sendiri.

Spice Girls dikatakan akan tampil versi kartun yang mana mereka sebagai pahlawan dan masing-masing dengan 'kuasa wanita yang unik'.

Dalam temu bual dengan rancangan TV Britain 'This Morning', Emma memberitahu hos Holly Willoughby dan Phillip Schofield bahawa filem itu antara perkara yang mereka bincangkan.

Menurut portal Variety, filem berkenaan akan memberi tumpuan kepada mesej feminis 'kuasa wanita' dan membangkitkan slogan 1990 terkenal mereka untuk generasi baru.

Selain Emma, Spice Girls dianggotai oleh Victoria Becham, Melanie Chisholm, Geri Halliwell, dan Melanie Brown.

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment