Rais Yatim Sah Menjadi Ahli PPBM

Rais Yatim menerima kad keahlian PPBM dari Tun Mahathir

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Rais Yatim akhirnya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) setelah sekian lama berdiam diri mengenai pendirian politiknya.

Pengumuman itu dibuat selepas Pengerusi PBBM yang juga Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selesai membuat ucapannya sempena majlis berbuka puasa parti itu sebentar tadi.

Malah satu upacara menyerahkan kad keahlian PPBM kepada beliau diadakan pada majlis yang sama.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Presiden PPBM merangkap Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut hadir sama, Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir selaku Menteri Besar Kedah, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dan Menteri Besar Johor, Osman Sapian.

Rais sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) dilihat sepentas dengan dua lagi veteran UMNO antaranya Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Daim Zainuddin mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN). 

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment