Netizen Pertikai Perbezaan Hutang China dan Jepun


Hasil pertemuan Tun Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dilihat kini membuka lembaran baru hubungan dua hala diantara kedua buah negara. Antara pengisian pertemuan itu termasuklah permohonan dari Kerajaan Malaysia untuk membuat pinjaman mudah dari Kerajaan Jepun atas alasan mahu mengatasi masalah kewangan yang dihadapi negara.

Utusan Malaysia melaporkan;
TOKYO 12 Jun - Malaysia telah meminta bantuan daripada Jepun untuk mengatasi masalah kewangan yang dialami dengan memohon diberikan pinjaman mudah pada kadar faedah yang cukup rendah.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahatahir Mohamad berkata, beliau mengutarakan permintaan itu pada pertemuannya dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

"Saya sudah menerangkan tentang masalah kewangan yang dihadapi oleh Malaysia, dan untuk mengatasi masalah ini saya telah meminta pinjaman Yen dari Jepun, dan Abe bersetuju untuk mengkaji," katanya pada dalam kenyataan bersama selepas mengadakan pertemuan dengan Abe di pejabat Perdana Menteri Jepun itu di sini hari ini. 
Dr. Mahathir berkata, satu lagi penyelesaian kepada masalah yang dialami itu ialah dengan sekali lagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan Jepun. 
Sementara itu pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia di hotel penginapannya, Dr. Mahathir menjelaskan, beliau telah berbincang dengan Abe berkenaan pinjaman mudah yang pernah diterima oleh Malaysia kira-kira 30 tahun lalu dengan kadar faedah cuma 0.7 peratus, dan tempoh bayaran balik selama 40 tahun.


Walau bagaimanapun, bagi netizen, ada yang mula mempersoalkan tentang perbezaan diantara hutang negara terhadap negara Jepun dan hutang negara terhadap China di era Najib.






Tun Mahathir melalui entri diblognya chedet.cc bertarikh 19 Disember 2016 bertajuk "Najib pinjam lagi" pernah mempertikaikan kewajaran hutang yang dibuat kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak pada ketika itu dengan menegaskan bahawa hutang tersebut akan memberikan impak terhadap rakyat.

1. Najib isytihar pinjaman sebanyak 55 billion Ringgit dari sebuah syarikat di masa lawatannya ke China. 
2. Pinjaman ini adalah untuk membangunkan landasan keretapi letrik di Pantai Timur. 
3. Kerajaan Najib telah pun pinjam 42 billion Ringgit untuk 1MDB. Kerana tidak membayar faedah dan pokok, hutang ini meningkat kepada lebih 53 billion Ringgit. Tidak ternampak sedikit pun pelaburan yang memberi keuntungan yang boleh diguna untuk bayar hutang. Sudah tentu jika tidak dibayar faedah hutang ini akan meningkat lagi. 
4. Najib juga merancang untuk mengadakan keretapi kelajuan tinggi antara Singapura dan Kuala Lumpur. Untuk projek ini Najib perlu hutang lebih kurang 50 billion Ringgit lagi. 
5. Jumlah semua melebihi 160 billion. 
6. Kita tidak diberi maklumat tentang pelaburan 1MDB selain dari kerugian membeli stesen janakuasa dan menjualnya kepada syarikat China dengan kerugian yang besar. 
7. Tetapi berkenaan pinjaman sebanyak 55 billion untuk landasan keretapi, kita boleh ramal ke mana akan perginya wang 55 billion ini. 
8. Kalau benar kos landasan Pantai Timur ialah 55 billion, yang akan dapat keuntungan ialah kontraktor asing yang tentu akan membangun projek ini. 
9. Mereka akan membawa masuk segala bahan teknologi, pekerja dari negara mereka. Projek ini akan ambil masa sekurang-kurangnya 7 tahun, mungkin lebih. Pekerja mereka, seramai puluhan ribu mestilah di tempat di sini, khusus di Kelantan, Terengganu dan Pahang. 
10. Kos semua ini akan diperolehi hampir semuanya oleh kontraktor luar negeri. Jadi wang yang dipinjam dari syarikat negara China akan kembali ke sana. 
11. Di masa yang sama bayaran hutang sebanyak 55 billion dengan faedah akan kembali ke negara itu juga. Mungkin pembayaran akan ambil masa 30 tahun atau lebih. Jumlah bayaran bersama dengan faedah selama 30 tahun akan meningkat kepada 90 billion Ringgit. 
12. Kemudian datang keperluan membeli “rolling stock” iaitu gerabak-gerabak elektrik yang akan menelan belanja berbillion lagi. Sekali lagi wang berbillion akan mengalir keluar negeri. 
13. Pekerja luar yang dibayar gaji di sini akan hantar separuh balik ke negara mereka. Sekali lagi wang kita akan mengalir keluar negeri. 
14. Sepatutnya bayaran balik semua ini, hutang, kontrak, alatan untuk landasan dan gerabak elektrik datang dari keuntungan operasi keretapi pantai timur. Bolehkah kita dapat cukup pendapatan menjual tiket keretapi atau muatan barangan antara pantai barat dengan pantai timur? 
15. Kata orang Kelantan lebih murah dan lebih cepat jika penerbangan low cost diguna untuk berjalan antara Pantai Timur dengan bandar-bandar di Pantai Barat. 
16. Jika tiket keretapi Pantai Timur dijual dengan harga yang tinggi mungkin ramai yang akan pilih penerbangan. 
17. Jika harga tiket rendah keuntungan mungkin tidak diperolehi. 
18. Jadi hutang dan kos serta kerugian perlu ditanggung oleh Kerajaan dari dana campuran atau consolidated Fund. 
19. Tetapi hari ini Kerajaan tidak ada duit. Lagi pun nilai Ringgit jatuh teruk – bermakna lebih banyak Ringgit diperlukan untuk membayar hutang dengan Dolar Amerika atau Yuan. Dari manakah duit ini akan datang. Hutang lagi atau naikkan cukai dalam negeri dan GST. Dan ini akan membebankan rakyat dengan kos sara hidup yang melambung tinggi. 
20. Ya. Memang rancangan keretapi Pantai Timur adalah projek gilang dan gemilang. Yang tidak gilang gemilang ialah beban hutang. Rakyat Malaysia yang akan tanggung beban ini berpuluh tahun.

Jika pinjaman dari China dilihat bakal menekan rakyat dengan kenaikan kos yang akan melambung tinggi, apakah pinjaman yang dibuat dari Jepun ini bakal memberikan impak sebaliknya?
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment