Penjelasan Pinjaman Yen Dari Jepun : Editor Ekonomi Astro Diserang Netizen


Susulan penjelasan yang dibuat berhubung hasrat kerajaan mahu membuat pinjaman dalam nilai Yen terhadap Jepun oleh Astro Awani beberapa hari yang lalu, akaun facebook editor ekonomi Astro Awani, Ibrahim sani dihujani komen-komen pedas daripada netizen.



Kebanyakan mereka menegaskan, media sepatutnya memainkan peranan untuk mendidik dan bukan membodohkan rakyat dengan kenyataan-kenyataan yang dilabel sebagai "menjilat" pemimpin.

Pemilik akaun Mohd Hanafi Sulaiman melalui komennya menulis;
Media seharusnya menjadi medium mendidik, bukan merendahkan akal rakyat. 
Kesimpulan kepada video Awani ini, pinjaman kepada Jepun kononnya akan mengurangkan hutang kerajaan. Katanya kerajaan sekarang berhutang RM1 trilion dengan kadar faedah 6-7.5%. Maka bunganya sahaja RM60 bilion. Jika Jepun memberi pinjaman dengan kadar faedah 1%, maka bunganya hanya RM10 bilion. Jimat RM50 bilion. 
Oh sedapnya mengira.

Pertama sekali, biarlah saya sebut betapa tak cerdiknya tuan yang buat kira kira matematik ini. 
Secara teorinya, penjimatan dengan jumlah sebesar itu hanya boleh berlaku jika sekiranya Jepun meminjamkan RM1 trilion kepada kita. Mana Jepun nak cari duit banyak tu tuan tuan nak bagi kat kita? Realistik lah. Hutang mereka pun hampir RM 40 trilion. Ketika ekonomi Korea diambang kemusnahan tahun 1997 pun, mereka hanya diberi pinjaman USD21b (RM80b) oleh IMF.

Jumlah terkini pinjaman luar kerajaan di dalam matawang yen hanyalah kira kira RM5.2bilion. 
Satu perkara yang perlu diberi perhatian, pinjaman hutang luar di dalam matawang asing hanya boleh dibuat pada kadar maksimum RM35 bilion pada satu satu masa. Sila rujuk Akta Pinjaman Luar Negeri 1963. 
Setakat ini, pinjaman luar kerajaan di dalam matawang asing adalah sekitar RM15bilion. Paling tinggi kita boleh terima pinjaman Yen Jepun adalah RM20bilion.

Kut mana nak jimat kadar bunga sampai RM50 bilion Astro AWANI? 
Seterusnya, memukulrata pinjaman kerajaan berkadar faedah 6 hingga 7.5% adalah jahat. Pinjaman paling kontroversi kerajaan adalah daripada kerajaan China melalui Exim Bank yang mana kadar faedahnya adalah 3.25% (Pembinaan ECRL). Ia cuma tinggi sedikit berbanding pinjaman Jepun untuk pembinaan KLIA pada tahun 1994 (3%).

Kadar faedah paling tinggi (yang saya tahu) dibuat oleh kerajaan Malaysia kepada negara luar adalah pinjaman daripada kerajaan Perancis bagi pembinaan Stesen Janakuasa Paka pada tahun 1983. Kadar faedahnya adalah 10.6%. 
Siapa Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1983? Najib la kan. Sebab tu pinjam interest tinggi kan.. 
Cukuplah projek membodohkan rakyat ini. Bersikap adillah kepada kawan dan musuh..

Farhan Fauzan Firas pula menulis;
Wahai Encik Ibrahim Sani, Editor Ekonomi Astro Awani, 
First of all, cubalah bah bagi contoh yang logik sikit. Manalah ada negara yang mau bagi pinjam RM1 trillion di dunia ni. Pikir paluikah Jepun mau pigi kasi pinjam duit begitu banyak? 
Kedua, negara kita ada undang-undang wahai Ibrahim Sani di mana hutang luar tidak boleh melebihi RM35 billion (External Loan Act 1963), sudahlah hutang kerajaan Tun M dulu sama Jepun dulu masih ada lagi berbaki. Kalaulah Jepun naik gila pun mau bagi pinjam RM1 trillion, kita ada undang-undang wahai Ibrahim Sani.  
Kan Tun bilang dia mau ikut rule of law.  
Ketiga, hutang kita ni sebenarnya dalam 97 peratus didominasi oleh ringgit. Banyak hutang-hutang kita ni sebenarnya hasil daripada terbitan bon yang diterbitkan oleh kerajaan. Yang membeli bon kerajaan tu siapa? KWSP, TH, KWAP, dan banyak lagi institusi di dalam negara. Bilamana kerajaan servis hutang kerajaan (bayar bunga), ianya secara langsung memberi ganjaran kepada institusi-institusi ini. Apa yang rakyat marhaen ni dapat bila institusi-institusi ni dapat duit? Antaranya ialah dividen/hibah lah gaman. Apa kamu orang pikir dividen/hibah tu jatuh dari langitkah? Lainlah kalau kerajaan Malaysia buat hutang dengan negara luar. Siapa yang dapat duit bunga dalam kes ini? Jepun lah bosku! 
Nota kaki Tasmanian Devil: Sebenarnya banyak lagi point yang boleh digunakan sebagai peluru untuk mematahkan penerangan Ibrahim Sani ni. Untuk penerangan yang lebih mantap, sila pergi ke page Najib Saahari dan Khairul Azri. 
Nota kaki anak Tasmanian Devil: Awani ni mau ganti TV3 zaman BN kaini? Tanya ja.
Bagi pembaca yang mahu mengikuti banyak lagi komen-komen pedas yang lain, anda boleh terus ke facebook milik Ibrahim sani dengan mengetik url di bawah;



Video yang didakwa netizen sebagai cubaan untuk merendahkan akal rakyat
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment