Penjaga Gol Liverpool, Karius Alami Gegaran Otak - Pakar


Loris Karius mengalami gegaran otak ketika melakukan kesilapan yang menghukum Liverpool dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL), demikian analisis yang telah disahkan oleh pakar.

Pakar perubatan daripada Hospital Awam Massachusetts memeriksa penjaga gol, Karius, ketika dia bercuti di Amerika Syarikat dan mengenal pasti terdapat ruang visual yang tidak berfungsi dan ia telah menjejaskan prestasinya di Kiev.

Walapun punca gegaran itu masih tidak diketahui, Karius terlibat dengan pertembungan dengan pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos, sebelum memberikan gol kepada Karim Benzema dan Gareth Bale ketika tewas 3-1.

Doktor Ross Zafonte dan pakar terapi fizikal, Lenore Herget, mengesahkan pemain berusia 24 tahun itu mengalami kesan ketukan kepala.

"Selepas meneliti video perlawanan dan laporan yang telah diterima -- kami membuat kesimpulan bahawa Karius mengalami gegaran otak ketika perlawanan bertarikh 26 Mei," kata kenyataan yang dikeluarkan.

"Pada masa penilaian, kami mendapati ruang visual Karius yang tidak berfungsi dengan sempurna ketika perlawanan itu sedang berlangsung.

"Perkara ini mampu memberikan kesan kepada prestasinya," kata laporan itu lagi.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment