Mahathir Masih Individu Yang Sama, Cuma "Baju" Berbeza - Ku Li


KUALA LUMPUR - Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih pemimpin yang sama seperti dahulu.

Katanya, Dr Mahathir hanya menukar parti daripada Umno kepada Bersatu untuk mentadbir kerajaan.

"Dia bukan diktator?," soalnya sinis dalam satu sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada wartawan berkenaan Dr Mahathir menafikan dirinya sebagai diktator.

Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh berkata Dr Mahathir diibaratkan masih individu sama tetapi mengenakan baju lama.

"Lihat saja barisan parti yang hanya lahir beberapa tahun tetapi mengemudi kerajaan di Kedah, Perak dan Johor dan lain-lain. Anda lihat sahaja kerusi Parlimen yang mereka ada di Parlimen.

"Dia masih sama tetapi hanya pakai baju lain, baju lama sudah buruk. Dia masih seperti 23 tahun lalu, seperti itu 22 tahun dulu dan saya rasa dia masih lagi seperti itu sekarang," katanya.

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment