Kadir Jasin Disiasat Dibawah 3 Akta - KPN


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin disiasat di bawah 3 akta berhubung artikelnya mengenai Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, Kadir disiasat di bawah Akta Hasutan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Kita akan jalankan siasatan, bila selesai siasatan kita akan hantar kepada Timbalan Pendakwaraya (DPP) untuk arahan dan tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Ops Selamat 13 di Pusat Konvensyen Telekom Malaysia, hari ini.

Dalam artikel di blognya baru-baru ini, Kadir mempersoalkan usaha untuk meyakinkan raja Melayu mengenai status mereka.

Selain daripada itu, Kadir dalam catatan blog peribadi semalam turut mendakwa kira-kira RM257 juta digunakan untuk perbelanjaan hidup dan peribadi Sultan Muhammad V dalam tempoh 16 bulan sejak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Beliau mendakwa secara purata RM16 juta sebulan dibelanjakan antaranya ke atas penginapan, kediaman, barangan peribadi, pesawat, pengangkutan, pakaian, hadiah dan cenderamata, kunjungan luar negara.

Pemantau Malaysia Baru dengan laporan polis terhadap
artikel tulisan A. Kadir Jasin
Mengulas lanjut, Fuzi berkata, sehingga kini pihaknya menerima 3 laporan polis dibuat oleh badan bukan kerajaan dan orang awam terhadap Kadir Jasin.

“Di Selangor kertas siasatan telah dibuka, di Kelantan pun ada dan ada lagi satu di Lembah Klang,” katanya.

Menurutnya, siasatan terhadap Kadir Jasin akan diambil alih oleh Bukit Aman.

-FMT
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment