Aktivis LGBT, Liberal Semakin Vokal Suarakan Tuntutan Selepas Peralihan Kerajaan


KUALA LUMPUR 7 Jun - Peralihan kuasa kerajaan Persekutuan daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan dilihat mula dimanfaatkan oleh kelompok-kelompok tertentu untuk menuntut hak yang bertentangan dengan norma hidup masyarakat Malaysia seperti gejala songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan kebebasan beragama yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Gabungan NGO Malaysia (Comango) hari ini masih berpegang dengan tuntutan-tuntutan tidak munasabah mereka yang disuarakan melalui laporan bersama Semakan Berkala Sejagat (UPR) untuk sesi pusingan ketiga yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

Sevan Doraisamy
Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang juga sekretariat bersama Comango, Sevan Doraisamy berkata, pihaknya yakin kesemua 232 cadangan yang dikelaskan dalam 10 tema dalam laporan berkenaan akan diberikan perhatian oleh kerajaan berdasarkan manisfeto Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Apa yang penting adalah Pakatan Harapan dalam manifesto pilihan raya mereka sudah menjanjikan satu keadaan yang lebih inklusif berasaskan hak asasi seseorang.

"Berasaskan perkara itu mereka tidak boleh mendiskriminasi berasaskan pegangan agama, jantina dan sebagainya. Mereka harus menangani semua perkara secara sama rata. Itu yang diharapkan daripada kerajaan sekarang," katanya ketika dalam satu sidang akhbar di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, di sini hari ini.

Antara cadangan yang terkandung dalam laporan berkenaan adalah menghentikan segala aktiviti dan ucapan yang mempunyai unsur diskriminasi, ancaman dan anti-LGBT.



FAHAMI TUNTUTAN-TUNTUTAN COMANGO MELALUI KLIP DI BAWAH;



KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment