Selepas Sebulan Dibuka, Restoran Aliff Syukri Diserbu Penguatkuasa MBPJ


Meja yang menghalang laluan dipercayai punca restoran milik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman diserbu 8.30 malam tadi.

Restoran pengasas produk D’Herbs di Jalan PJU 5/20e Kota Damansara di sini diserbu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), lapor Berita Harian.

Penguatkuasa pihak berkuasa tempatan itu turut merampas peralatan perniagaan yang diletakkan di laluan depan premis itu, yang baru dibuka bulan lalu.

Dalam Facebooknya, Aliff meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan MBPJ. Namun operasi perniagaan berjalan seperti biasa selepas itu.

Dirasmi 23 Januari, Romah Makan Terlajak Laris dilaporkan menyediakan 101 sajian, termasuk selera Siam, Melayu, Banjar, Jawa dan Bugis.

-MMO
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment