Che Ta Dilantik Sebagai Duta


Koperasi Tunas Muda Sg Ara Berhad telah melantik Che Ta atau Rozita Che Wan dan anak beliau Aaisyah Dhia Rana sebagai duta koperasi tersebut baru-baru ini.

Menurut Pengarahnya, Datuk Ir Mansor Haji Musa, pemilihan Che Ta sebagai duta pertama bagi tahun ini bersesuaian dengan perancangan koperasi itu yang akan memulakan projek pertama di negeri Jelapang Padi, Kedah.

"Pemilihan Che Ta sebagai duta adalah berikutan dengan kerjaya beliau yang berjaya menempa nama di pasaran tempatan sebagai pengacara, penerbit dan pelakon dan Che Ta juga merupakan pengasas RCW Worldwide Sdn Bhd yang mengeluarkan produk kesihatan yang berkualiti, " katanya pada sidang media di Hotel Royale Chulan, Bukit Bintang, Rabu.

Dalam kenyataan, Koperasi Tunas Muda Sg Ara berkata ia ditubuhkan untuk mempertahankan kediaman dan penduduk di atas tanah kepunyaan Brown Estate di kawasan Sungai Ara, Relau, Sungai Nibong, Sungai Kluang.

Ia telah memperoleh pelbagai anugerah termasuk Anugerah Kualiti Jabatan Pembangunan Koperasi, Anugerah Exco Peringkat Negeri Pulau Pinang, Anugerah Tempat Ke-3 Terbaik Seluruh Malaysia Sempena Hari Koperasi Negara dan sebagainya.

TUNAS KOMERSIL

Koperasi itu berkata ia juga akan membangunkan projek komersil Tunas Boulevard, yang dijangka akan melibatkan nilai jualan RM328 juta yang terletak di kawasan Kulim Hi Tech Park, Kedah.

Che Ta memeterai perjanjian pelantikan beliau sebagai Duta Koperasi Tunas Muda Sg Ara. Turut menandatangani perjanjian itu Pengarah Koperasi, Datuk Ir Mansor Haji Musa. -- fotoBERNAMA oleh Mohammad Johari Yaakob.

Projek perumahan Tunas Homes pula dijangka akan mencecah nilai jualan RM522.9 juta juga terletak di Sungai Petani, Kedah, dan sebahagian daripada unit kediaman akan dijual kepada ahli koperasi dengan nilai diskaun yang besar, katanya.

Sidang media yang dihadiri oleh duta koperasi tersebut iaitu Che Ta dan Aaisyah Dhia Rana dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada Dafi.

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment