Tuah "Pok Ya Cong Codei", Sabri Yunus Ditawar Tajaan Umrah



Selepas telefilemnya mendapat sambutan hangat, pengarah Pok Ya Cong Codei Sabri Yunus ditawar tajaan menunai umrah.

Sabri, 57, turut dipelawa sebuah agensi umrah untuk mendiami Hotel Concorde, sebutan asal “Cong Codei”, di Mekah dan Madinah, lapor Kosmo!


“Alhamdulillah, saya sendiri tidak sangka telefilem Pok Ya Cong Codei diterima begitu hebat seperti ini,” katanya, dalam temu bual dengan akhbar itu.

Beliau dijangka muncul dalam drama Pok Ya Cong Codei versi tayangan Hari Raya Aidilfitri selain drama sama 13 episod

Telefilem itu mengisahkan seorang lelaki dari Kelantan ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikan satu misi mencari wanita yang diculik.

- MMO
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment