Pekerja Pembersihan Maut Tercampak Ke Bawah Jambatan Kedua Pulau Pinang


Seorang pekerja pembersihan lebuh raya maut selepas tercampak jatuh ke bawah Jambatan Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah dalam kejadian kemalangan di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, mangsa, Rosli Saludin, 39, bersama seorang lagi rakannya dikatakan sedang mencabut rumput di tengah jalan (lorong kanan) berhampiran pembahagi lebuh raya berhampiran susur ke Plaza Tol Bandar Cassia/Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sebelum dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki.

Akibat kejadian itu, mangsa tercampak ke bawah jambatan lebuh raya dan mengalami kecederaan parah di kepala serta badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala rakannya pula patah kaki sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Shafee Abdul Samad berkata, hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang papan tanda atau kon dipasang ketika kerja-kerja pembersihan dibuat.

“Pemandu kereta berkenaan yang berusia 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan tampil ke balai polis bagi melaporkan kejadian berkenaan.

“Siasatan lanjut masih lagi diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment