Gandingan Awie-Erra Bakal Gantikan Nabil-Neelofa Di Meletop


Program bual bicara hiburan popular siaran Astro Ria, MeleTop yang disiarkan secara langsung pada malam ini (Selasa), pukul 9 malam bakal menggandingkan pasangan artis yang pernah menempah kemasyhuran sekitar 90-an, Datuk Awie dan Erra Fazira sebagai hos gantian.

Kemunculan pasangan popular itu pasti akan menjadi tumpuan ramai memandangkan Awie dan Erra pernah mengikat tali pertunangan selepas melalui musim-musim percintaan yang cukup indah ketika nama kedua-dua artis itu di puncak kegemilangan.

Bagaimanapun, takdir menentukan tali pertunangan mereka putus sebelum masing-masing meneruskan kehidupan mereka.

Sekalipun, jodoh mereka tidak kesampaian, namun Awie dan Erra kekal bersahabat baik sehingga ke hari ini.

Menurut stesen televisyen Astro, keputusan menyatukan dua ikon industri hiburan sebagi hos MeleTop dibuat bagi menggantikan pasangan pengacara utama program tersebut, Neelofa dan Nabil Ahmad yang kini sedang bercuti.

Sementara itu, Erra ketika dihubungi Utusan Online berkata, dia bersetuju menerima tawaran daripada produksi MeleTop untuk muncul dalam program MeleTop bersama Awie atas dasar profesionalisme dan berharap penampilannya pada malam esok dapat diterima baik oleh penonton setia rancangan berkenaan.

“Ya, saya memang ada terima pelawaan bagi menggantikan Neelofa dan Nabil. Atas nasihat syarikat pengurusan MindOrder Sdn. Bhd., saya menyatakan persetujuan.

“Sebelum ini pun saya dan Awie pernah diundang ke studio bagi mempromosikan filem Warna Cinta Impian lakonan kami berdua. Jadi, rasanya tidak ada masalah antara kami.

“Lagipun, sudah lama rasanya tidak mengacarakan sesebuah program. Jadi, inilah peluang saya lepas gian. Tambahan pula, MeleTop sebuah program yang menarik untuk dihoskan,” katanya yang masih berkawan baik dengan bekas vokalis kumpulan Wings itu.

Dalam episod MeleTop esok, antara artis lain yang bakal muncul ialah Datuk Farid Kamil dan Nelydia Senrose yang bakal bercerita mengenai pengalaman membintangi drama bersiri Lafazkan Kalimah Cinta.

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment