Forum Ekonomi Dunia : Malaysia Di Kedudukan Pertama Asia

Sumber gambar : Fb Malaysian Patriots

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia telah disenaraikan pada kedudukan pertama negara ekonomi baharu muncul bagi keterangkuman di Asia berdasarkan laporan terkini Forum Ekonomi Dunia.

Perdana Menteri percaya kejayaan itu adalah hasil pelbagai program yang telah dirangka dan dilaksanakan oleh kerajaan bertujuan memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya.

“Kami telah menyediakan ratusan ribu rumah mampu milik, membantu golongan berpendapatan rendah, perkhidmatan perubatan yang sangat murah menerusi Klinik 1Malaysia, pengecualian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap barangan makanan asas, kursus latihan serta insentif perniagaan terutamanya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang merupakan tulang belakang ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Pengarah Eksekutif di UN-Habitat, Datuk Maimunah Mohd. Sharif. 

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment