Cuba Beri Alasan Bunuh Tanpa Niat, Penganggur Tetap Dijatuhi Hukuman Gantung Sampai Mati


KOTA BARU, 31 Jan — Seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kota Baru hari ini selepas disabitkan bersalah membunuh seorang suri rumah pada 2015.

Mohammad Awari Ahmad, 25, turut dihukum penjara 18 tahun dan 12 sebatan bagi kesalahan merogol suri rumah itu hingga menyebabkan kematian mangsa.


Pesuruhjaya kehakiman Datuk Ahmad Bache menjatuhi hukuman tersebut terhadap tertuduh Mohammad Awari, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mohammad Awari dituduh membunuh dan merogol seorang suri rumah, Yashmin Fauzi, ketika itu berusia 25 tahun, antara pukul 12.20 tengah malam hingga 2 pagi dalam sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Batu Papan, Gua Musang pada 1 Mac 2015.

Dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta Seksyen 376(4) kerana merogol sehingga menyebabkan kematian mangsa yang membawa hukuman mati atau penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan.

Terdahulu, hakim Ahmad menolak alasan tertuduh yang mendakwa dia tidak berniat untuk membunuh mangsa kerana hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua kesan kelaran di leher si mati.

“Malah, anak lelaki sulung mangsa yang ketika itu berusia lima tahun, ketika dipanggil sebagai saksi turut mendakwa ibunya disembelih ketika kejadian itu berlaku.

Tertuduh juga ada niat untuk mendatangkan kecederaan kerana menukar kayu kepada parang selepas memecah masuk rumah mangsa untuk merompak,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Shaharaliza Ab Razak manakala tertuduh diwakili peguam Latifah Ariffin. — Bernama
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 Komentar :

  1. pesalah memang didapati telah hilang sifat sebagai seorang manusia jd hukuman gantung sampai mati adalah tepat serta tidask membazirkan wang rakyat sekiranya dipenjara

    ReplyDelete