Akibat Laporan Polis Dibuat Farid Kamil, Pelakon Sofi Jikan Ditahan Positif Dadah


PETALING JAYA - Pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan ditahan polis selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Suspek diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara malam tadi ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat pelakon Datuk Farid Kamil Zahari, 37, pada 31 Januari lalu.

Dalam laporan tersebut, Farid didakwa mendedahkan tiga rakan artisnya merupakan dalang di sebalik meletakkan dadah dalam minumannya.

Sofi Jikan akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment