Pakar Perubatan Selar Tindakan Fathia, Sifatkan Iqram Dinzly Hidapi Gangguan Mental Serius


Susulan tularnya isu "guarauan" pelakon Fathia Latiff yang mencetuskan kontroversi apabila dia meninggalkan beberapa komen ketika Iqram Dinzly sedang mengadakan sesi video ‘live’ di laman Instagram miliknya seorang pakar perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir tampil memberikan pandangan berikut;
Iqram Dinzly ternyata menunjukkan gejala2 sikap tidak normal yang menggambarkan gangguan mental serius. 
Beliau memerlukan bantuan. 
Kenalan rapat atau warisnya perlu membawa beliau segera bagi mendapatkan rawatan di hospital. Penyakitnya boleh dirawat. 
Kenalan dan warisnya juga perlu menghentikan beliau dari menggunakan media sosial buat masa ini. Setiap video/live dan update daripadanya sebenarnya bertambah memudaratkan dirinya. Ia juga tidak membantu malah boleh menjadi faktor sakitnya bertambah melarat. Maruah dan aib beliau perlu dipelihara. 
Masyarakat perlu berhenti dari mengecam beliau apatah lagi mentertawakannya. Penyakit psikiatri bukanlah perkara lawak dan tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka mahupun berita sensasi. Di manakah perginya sifat peri kemanusiaan kita? 
Fathia Latif umpamanya telah komen di live video Iqram supaya beliau membunuh diri! 
Bukan sekali malah berkali2. Astaghfirullah...Zalim sungguh sikapnya. 
Memang kita sudah biasa dengan komen2 bodoh Fathia tetapi kali ini ia adalah melampau kerana komennya diberikan kepada seorang manusia yang tidak sihat dan kewarasan dirinya boleh dipertikaikan. Apakah Fathia akan bergembira sekiranya Iqram betul2 bunuh diri? 
Lalu keluar pula live video Fathia bersama Iqram hari ini. Ternyata Fathia cuba untuk cover sambil berkata, "Dia yakin Iqram takkan bunuh diri dan sebab itu dia berkata sedemikian (konon reverse psychology). 
Saya melihat video ini dan saya berasa geli. Betapa Fathia gelak2 mentertawakan Iqram seperti bahan lawak dan memberikan komen2 dan bahasa badan yang mempersendakannya. 
Saya boleh faham kini mengapa ramai orang kata Fathia bodoh.

#IQRAM_DINZLY_PERLUKAN_BANTUAN Iqram Dinzly ternyata menunjukkan gejala2 sikap tidak normal yang menggambarkan gangguan...
Posted by Abdul Rahman Abdul Kadir II on Wednesday, 17 January 2018
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment