Mukhriz Memalukan, Mahu Jadi PM, Tapi Tidak Mengaku Rakyat Malaysia - Rahman Dahlan


Cubaan mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk mengaitkan perasaan malunya untuk mengaku sebagai rakyat Malaysia dengan keadaan politik semasa negara, mengundang rasa tidak senang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.


Melalui status twitter beliau menyatakan "You marah dengan PM, itu hal awak. Tak mengaku orang Malaysia? Itu tidak boleh diterima. Patriotisme dan sayangkan negara tidak mengenal isu dan tidak boleh dipermainkan begitu sahaja. Lebih lebih lagi bagi seseorang yang mimpi mahu jadi Perdana Menteri."

Rahman menyifatkan tindakan Mukriz itu, tidak patriotik dan tidak sewajarnya beliau bersikap demikian ketika bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Terdahulu, Mukhriz melalui artikel yang diterbitkan portal pro-pembangkang menyatakan bahawa beliau malu untuk mengakui dirinya adalah warganegara Malaysia dan beliau mengatakan bahawa lebih selesa untuk menyatakan yang dirinya berasal dari negara Brunei sekiranya ditanya ketika berada di luar negara.


Malaysiakini menulis;
Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui beliau berdepan dengan krisis identiti apabila berada di luar negara. 
Anak sulung bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata dirinya malu untuk mengakui berasal dari Malaysia selepas imej negara di mata dunia semakin tercalar. 
Menurut laporan Sinar Harian, Mukhriz berkata beliau sedih apabila Malaysia kini hanya dikenali akibat salah laku pemimpin negara dan bukannya kerana kemajuan. 
"Waktu pi (pergi) luar negara atau umrah dan ditanya dari negara mana, saya malu mengaku dari Malaysia, tapi jawab dari Brunei. 
"Bila jawab Malaysia, orang akan tanya kenapa negara cukup bermasalah, dahulu cukup hebat dan gah, tetapi hari ni cukup teruk," katanya yang dipetik sebagai berkata. 
Mukhriz berkata demikian dalam progam Sarapan Pagi bersama penduduk Kampung Jernang, Mukim Bakai di Baling, Kedah, hari ini. 
Bekas menteri besar Kedah itu berkata Pakatan Harapan akan memulihkan negara ini dan meletakkan malaysia di landasan yang betul.

Katanya, antara agenda penting HARAPAN ialah menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat, dan bukannya warga asing. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun mendakwa bapa Mukhriz merekayasa tuduhan palsu berhubung rasuah terhadapnya dengan tujuan menumbangkannya. 
Penyokong Najib mendakwa bahawa Mahathir melakukan semua ini untuk membuka jalan bagi membolehkan Mukhriz menjadi perdana menteri.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/410133#6UpAu1F9ye3O7tG4.99

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment