[GAMBAR] Pekerja Bungkus Ayam, Sotong, Udang Di atas Lantai


JOHOR BAHRU - Tindakan seorang pekerja sebuah pasar raya terkenal di bandar raya ini membungkus ayam, sotong serta udang hanya di atas lantai berjaya dikesan menerusi pemantauan yang dijalankan oleh Persatuan Penggerak Pengguna Johor (PPPJ), di sini, pagi tadi.

Pengerusi Pemantau PPPJ merangkap Naib Pengerusi PPPJ, Salleh Sadijo berkata, tindakan sedemikian jelas melanggar aspek kebersihan dan dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan sekiranya dimakan para pengguna.

“Kami sendiri terperanjat memandangkan tindakan itu dibuat di pasar raya yang besar. Ayam tersebut telah dipotong kecil sebelum dibungkus ke bekas-bekas. Begitu juga sotong dan udang juga turut hanya diletakkan di atas lantai sebelum dibungkus dan dijual kepada pengguna.

“Kami telah mengambil maklumat itu dan akan menyalurkan aduan tersebut kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor supaya tindakan susulan dapat diambil.

“Bagaimanapun, kami tidak dapat mengambil sebarang tindakan memandangkan kami hanyalah Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan tidak mempunyai kuasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Salleh berkata, pemantauan yang dijalankan setiap empat bulan sekali itu kali ini difokuskan kepada isu menyemak harga barang dan kali ini empat pasar raya sekitar bandar raya terlibat membabitkan 20 ahli PPPJ.

“Pemantauan kali ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu barang-barang basah, barang-barang kering, sabun dan makanan di dalam tin yang dikhuatiri telah tamat tarikh luputnya.

“Bagaimanapun, pemantauan mendapati keempat-empat pasar raya mematuhi peraturan tersebut dan tidak mempunyai masalah,” katanya.

Beliau berkata, selain pemantauan, pihaknya turut mendapatkan maklumat daripada para pengguna dan ada yang mengadu sesetengah harga barang di pasar raya lebih tinggi berbanding yang dijual di kedai runcit.
Pekerja bungkus ayam, sotong, udang atas lantai JOHOR BAHRU - Tindakan seorang pekerja sebuah pasar raya terkenal di...
Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Sunday, 31 December 2017
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment