CLAB Lancar Penempatan Pekerja Binaan Berpusat Pertama Di Malaysia

Yang Berhormat Dato Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof Menteri Kerja Raya melihat kemudahan yang disediakan di Pusat Penempatan Pekerja 

Shah Alam, 18 JanuarI 2018: Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB), sebuah subsidiari Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), hari ini melancarkan Pusat Penempatan Pekerja (Centralised Labour Quarters - CLQ) yang pertama bagi meningkatkan keadaan tempat tinggal pekerja binaan di negara ini. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha di bawah Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) bagi meningkatkan keselamatan tapak bina dan keseluruhan kemudahan tempat tinggal pekerja binaan. 

Penempatan yang terletak di Shah Alam itu mempunyai enam blok bangunan yang mengandungi 144 bilik asrama yang boleh memuatkan 864 pekerja pada satu-satu masa. Fasiliti yang disediakan adalah setaraf dengan CLQ yang terdapat di negara-negara maju seperti Singapura, Emiriah Arab Bersatu dan Hong Kong. Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Dato’ Sri Zohari bin Haji Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, merangkap Pengerusi CLAB, dan Encik Abdul Rafik Abdul Rajis, Ketua Pegawai Eksekutif CLAB.

“Industri pembinaan merupakan salah satu pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara, dengan memberi manfaat yang besar dalam mentransformasikan keadaan sosioekonomi. Malah, jumlah projek pembinaan yang dilaporkan sepanjang 2017 dijangka akan meningkat lebih daripada RM170 bilion, dan untuk tahun 2018, ia dianggarkan mencapai nilai RM140 bilion” kata Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof.

“Dengan keadaan industri yang sedang giat membangun, jumlah pekerja binaan yang semakin ramai diperlukan oleh industri. Pada masa ini, terdapat seramai 850,000 personel binaan yang telah berdaftar dengan CIDB. Pekerja binaan ini termasuk para profesional, pekerja mahir dan pekerja biasa. 

Program CITP di bawah Teras Strategik Kualiti, Keselamatan dan Professionalisme, telah meletakkan sasaran untuk membuka sekurang-kurangnya lapan CLQ, dengan secara kerjasama dengan industri, menjelang 2020. CLQ tersebut merupakan tempat tinggal berpagar yang dilengkapi surau, dapur, kaf√©, dapur, tempat rekreasi dan juga fasiliti perubatan. 

Selain daripada melancarkan CLQ ini, CIDB juga telah bekerjasama dengan Jabatan Standard untuk menerbitkan Standard Malaysia untuk Kemudahan dan Penempatan Sementara Pekerja Binaan iaitu MS2593:2015. CIDB juga sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Sumber Manusia dalam meminda Akta 446 (Akta Standard Minimum Penempatan dan Kemudahan Pekerja 1990) supaya keperluan pekerja binaan dimasukkan dalam peruntukkan akta tersebut. 

“Syarikat-syarikat yang mempunyai projek di kawasan berdekatan boleh menyewa kemudahan CLQ ini daripada CLAB memandangkan tempoh pelaksanaan suatu projek itu berbeza dan mungkin tidak sesuai untuk sesebuah syarikat membina CLQ sendiri. Mekanisme sewaan ini dilihat lebih praktikal dan ekonomikal. Majikan juga tidak perlu memikirkan tentang kos operasi dan penyelenggaraan kerana ia diuruskan oleh CLAB,” kata Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof.

MRT Corporation, pemilik bangunan CLQ ini telah memberi kebenaran untuk CLAB menggunakan premis mereka selama setahun setelah selesainya pembinaan MRT Sungai Buloh – Kajang. CLAB kini sedang dalam perbincangan dengan Penang Development Corporation (PDC) dan Perbadanan Putrajaya bagi mewujudkan pusat penempatan pekerja binaan di Batu Kawan, Pulau Pinang dan Putrajaya. Kedua-dua pusat penempatan pekerja binaan ini dijangka akan bersedia untuk beroperasi pada tahun 2018.

CLAB ditubuhkan pada tahun 2003 oleh CIDB untuk melaksanakan penempatan semula pekerja-pekerja asing secara berpusat untuk projek-projek pembinaan di seluruh negara. Ini selaras dengan keputusan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengambilan Pekerja Asing (JKK-PA). Pada tahun 2009, CLAB telah diberi mandat oleh Kerajaan untuk menguruskan semua permohonan syarikat pembinaan bagi pengambilan maksimum 100 orang pekerja asing dan telah beroperasi sepenuhnya sebagai sebuah entiti perniagaan. Selama 6 tahun beroperasi, CLAB telah berjaya menempatkan semula seramai 174,000 pekerja binaan dan menguruskan sebanyak 34,800 permohonan syarikat pembinaan.  
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment