Lawalah Familia Nafi Terlibat Perbuatan Vandalisme Di Jalan Pintas Rawang


Susulan tular isu tentang aktiviti vandalisme yang berlaku di Jalan Pintas Rawang sejak semalam, akhirnya Kumpulan Hip Hop Lawalah Familia yang turut sama terpalit di dalam isu itu tampil memberikan respons terhadap perkara tersebut.

Menurut status yang dikeluarkan melalui halaman Facebook rasmi kumpulan itu, mereka memohon maaf dan pada masa yang sama turut menafikan terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti itu. 

Melalui status yang dikeluarkan juga, Lawalah Familia menyeru kepada semua para pendengar muzik mereka untuk tidak terlibat dengan gejala-gejala yang negatif dan salah satunya adalah vandalisme sepertimana yang diperlakukan terhadap Jalan Pintas Rawang.

Di akhir respons yang dikeluarkan, Lawalah Familia turut menegaskan yang kumpulan tersebut tidak menyokong sebarang aktiviti vandalisme.

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment