4 Hari Selepas Dibuka, Vandalisme Cemari Jalan Pintas Rawang


Selepas dirasmikan dan dibuka untuk kegunaan awam bermula 28 November 2017 jam 9 malam yang lalu, hari ini dilaporkan sudah ada ancaman vandalisma berlaku pada struktur jambatan setinggi 58.2 meter itu.

Jalan yang mendapat jolokan "Laluan Membelah Awam" itu diconteng dengan grafiti pada dinding parapetnya dan memburukkan pemandangan struktur tersebut.

Berdasarkan penelitian yang dilakukan ke atas perkataan yang tertulis di grafiti tersebut, sedikit carian di internet dilakukan dan hasilnya menjurus kepada sebuah halaman facebook yang dinamakan sebagai Lawalah Familia.


Semakan mendapati, Lawalah Familia adalah sebuah halaman yang dimiliki oleh beberapa individu yang cenderung ke arah Muzik Hip Hop. Namun begitu, harus diingat, MyFokus tidak sesekali menuduh perbuatan merosakkan harta benda awam seperti itu didalangi oleh kumpulan ini.

https://www.facebook.com/lawalahofficial/

Berkemungkinan ia dilakukan oleh individu tertentu yang amat mengagumi kumpulan tersebut dan menginginkan perhatian.

Bagi mereka, mungkin melukis grafiti pada dinding sejuk dipandang mata, tetapi tahukah mereka bahawa perkara sebegini hanya mengotorkan dinding dan perbuatan seperti ini hanya merugikan wang rakyat kerana ribuan wang terpaksa dibelanjakan untuk memperbaikinya.

Sekiranya sangkaan MyFokus bahawa pelakunya terdiri dikalangan individu tertentu yang mengagumi kumpulan tersebut adalah benar, sewajarnya kumpulan Lawalah Familia menegur sikap peminat mereka dan meminta agar tidak diulangi perkara sebegitu kerana tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap pelaku.

Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih daripada setahun jika disabitkan kesalahan. Malah, pelaksanaan undang-undang baru menetapkan bahawa pesalah-pesalah vandalisme juga boleh dihukum menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme.

Sumber: BJRM
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment