Mahathir Sifatkan Ahli Politik Yang Ditahan Melalui ISA Di Zamannya Setaraf Komunis?


Semasa sesi khas bersama anak muda di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya, Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang telah ditanya banyak soalan killer oleh pihak hadirin daripada golongan muda.

Diantaranya,

1. Cybertroopers DAP

Lim Kit Siang menafikan parti DAP pernah menaja cybertroopers.

Padahal sebelum ini, bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP, Shen Yee Aun telah mendedahkan kewujudan pasukan yang digelar sebagai Red Bean Army (RBA). Pasukan tentera siber ini diwujudkan oleh DAP sejak tahun 2008.

Tujuan Red Bean Army dibentuk bagi mencipta penipuan dan memanipulasi fakta bukan sahaja untuk menyerang BN dan sesiapa sahaja yang menyokong parti itu.

2. Status DAP

Kit Siang juga masih mahu menegak benang yang basah tentang status parti DAP. 

Parti itu sedang berdepan dengan isu besar seperti parti rasis apabila tidak ada satu pun calon Melayu yang menang semasa pemilihan CEC DAP, kronisme melampau yang melibatkan anak beranak dinasti Lim, korupsi yang sangat teruk dan kerajaan negeri yang gagal mentadbir serta menzalimi rakyat negeri.

Malah, dasar-dasar DAP jelas menolak konsep 'bumiputera' seperti Deklarasi Setapak yang diperjuangkan oleh DAP dan mereka tidak pernah pun menafikannya. 

"Deklarasi Setapak memperkukuh pegangan DAP bahawa dalam proses membina negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera' dan 'bukan Bumiputera' diTENTANG."

3. Skandal Mahathir

Lim Kit Siang terkedu dan jawapannya berbelit-belit apabila soalan tentang pendirian beliau tentang salah laku yang didakwa dilakukan oleh Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri.

Sedangkan veteran tua DAP itu adalah yang paling kuat bersuara menentang Mahathir terutamanya skandal Forex yang menyebabkan puluhan billion ringgit wang rakyat hangus begitu sahaja.




Dr Mahathir Mohamad pula,

1. BR1M

Mahathir sekali lagi mempertikai pemberian BR1M dan bantuan-bantuan yang lain. Mahathir juga mendakwa pemberian-pemberian ini adalah satu bentuk korupsi.

Ianya bermaksud, Mahathir secara tidak langsung telah menuduh jutaan penerima BR1M sebagai penerima rasuah.

Dan kenyataan beliau itu jelas bertentangan dengan bajet bayangan Pakatan Harapan 2018 yang mengekalkan BR1M.

2. Skandal

Mahathir juga mengelak daripada menjawab beberapa isu yang melibatkan beliau seperti kehilangan puluhan bilion ringgit disebabkan Skandal Forex, korupsi, isu kekayaan anak beranak melampau dan diktator.

Padahal, isu-isu besar ini didedahkan sendiri oleh rakan-rakan Mahathir :

Mahathir mendakwa tiada perancangan untuk menentang beliau semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

3. ISA


Mahathir Mohamad juga mendakwa jumlah tangkapan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 semasa beliau menjadi Perdana Menteri (1981-2003) adalah lebih rendah berbanding 3 perdana menteri sebelum beliau.

Selama 22 tahun menjadi perdana menteri, beliau mendakwa hanya menangkap seramai 1,200 orang berbanding di era Tunku Abdul Rahman (1955-1970), Tun Abdul Razak (1970-1976) dan Tun Hussein Onn (1976-1981).

“Di zaman Tunku Abdul Rahman, beliau jadi Perdana Menteri selama 13 tahun lebih 2,000 orang ditangkap guna ISA. Tun Abdul Razak jadi Perdana Menteri selama 6 tahun, juga 2,000 lebih orang ditangkap guna ISA.

“Tun Hussein Onn jadi Perdana Menteri 5 tahun, 4,000 orang ditangkap. Tetapi saya hairan tidak ada siapa marah pada mereka,” dakwa Mahathir.

Kodus kepada sesiapa yang balik dan mengkaji semula sejarah sebelum mahu percaya dakwaan Mahathir tersebut. Yang hadir adalah golongan muda yang tidak berada di era-era tersebut. Tapi adakah yang berbuat demikian?

Lebih malang lagi apabila Mahathir gagal untuk berterus terang dan tidak menjelaskan konflik-konflik besar yang menyebabkan penahanan semasa pemerintahan 3 Perdana Menteri sebelum beliau. 

Jika kita rujuk Google.search, kita akan tahu jawapannya.

ISA mempunyai asal usul daripada Darurat Malaya mulai tahun 1948 iaitu apabila Parti komunis Malaya melancarkan pemberontakan terhadap Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang ditubuhkan pada 1 Februari 1948.

Darurat tamat pada tahun 1960, iaitu 3 tahun setelah Merdeka pada 31hb Ogos, 1957. ISA digubal pada tahun 1960.

Tetapi ancaman masih berterusan dan fahaman pelampau sosialis juga tumbuh dengan suburnya

Malaya berdepan dengan dua negara jiran, Singapura dan Indonesia,. Lee Kuan Yew berfahaman sosialis dan Soekarno pula di pengaruhi oleh D. N. Aidit, Ketua Partai Komunis Indonesia ( PKI ).

Bermula dari rusuhan kaum di Singapura pada 21hb Julai, 1964, YTM Tunku Abdul Rahman akhirnya telah memutuskan, melalui Parlimen, untuk memecat Singapura dari Malaysia mulai 9hb Ogos, 1965.

Begitu juga dengan Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada tahun 1963-1967 yang berakhir apabila Jeneral Soeharto memegang tampuk pemerintahan Indonesia setelah berlakunya rampasan kuasa.

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang didalangi oleh parti cauvinis DAP turut menyaksikan ramai individu yang ditahan dibawah ISA.

Dan hanya selepas 41 tahun iaitu pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya.

Maksudnya, Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri selama 13 tahun selepas Parti Komunis Malaya meletakkan senjata tetapi tangkapan ISA masih tinggi.

Mahathir juga gagal berterus terang tentang pindaan yang dilakukan terhadap ISA pada 1989 ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Dilaporkan bahawa Seksyen baru dimuatkan bagi menghalang sebarang penilaian mahkamah dilakukan terhadap penangkapan dan penahanan ISA. Selepas pindaan ISA pada 1989, hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan peraturan dan prosedur sahaja yang boleh dicabar di mahkamah. Dengan dua pindaan tersebut, hampir semua ruang ditutup untuk mencabar ISA di mahkamah.

Kerana itu, puak pembangkang amat benci dengan Operasi Lalang tahun 1987. Kita sedia maklum bahawa Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika itu ialah Dr Mahathir Mohamad. Beliau yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Ops Lalang ini dan semua pemimpin pembangkang menuding jari kepada beliau.

Dari 27hb Oktober, 1987 hingga 14hb November, 1987, 106 orang telah ditangkap di bawah Ops Lalang.

Tetapi apabila Mahathir bersekongkol dengan pembangkang, kesemua pemimpin pembangkang zip mulut menahan marah. Lebih mendukacitakan ialah apabila Mahathir u-turn dan tidak mengaku penahanan ketika itu adalah keputusan beliau.

Padahal, Seksyen 8 Akta ISA jelas menyatakan kuasa mutlak penahanan selama 2 tahun ini dipegang sepenuhnya oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Realitinya, polis hanya boleh menahan seseorang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 60 hari yang kemudiannya perlu mendapatkan tandatangan atau keputusan mutlak Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk ditahan selama 2 tahun di bawah akta ini.

Tetapi Datuk Seri Najib Abdul Razak juga yang mengambil langkah berani dengan memansuhkan akta tersebut pada 15 September 2011.

Secara keseluruhannya, kedua-dua veteran politik itu gagal untuk menjawab soalan. Malah mereka lebih banyak berdolak-dalih, tidak berterus-terang dan tidak menjawab soalan.

Mahathir dan Kit Siang tidak dapat menyakinkan golongan muda yang hadir dan sesiapa yang melihat video sessi tersebut. Dan Kit Siang juga tidak akan dapat menyakinkan ahli-ahli dan penyokong-penyokong DAP yang tidak puas hati dan memprotes tindakan beliau bersekongkol dengan Mahathir Mohamad. -KLX


Sumber




KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 Komentar :

  1. Halo,
    Ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete