Mahathir Nyanyuk Dan Gambarkan Dirinya Wajar Digelar Kafir?


Melalui tulisan terbaru Tun Dr Mahathir bertajuk Hadi Perlu Bertaubat di blog rasminya semalam, beliau dilihat menggunakan sepenuhnya ruangan tersebut untuk mengherdik dan menghentam Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Tun Mahathir di dalam artikel tersebut menyatakan teguran Hadi yang memintanya agar bertaubat sewajarnya ditujukan kepada diri sendiri.

Sambil menggunakan nas dari Al Quran (Ayat 159 Surah Al An'am) sebagai asas, Mahathir dilihat seakan-akan menuduh bahawa segala perpecahan umat islam adalah berpunca daripada tindakan Presiden PAS itu yang pernah mengkafirkan orang UMNO.

Namun, jika disingkap semula, perpecahan umat islam selayaknya tidak sahaja diletakkan di atas bahu Hadi Awang. Tun Mahathir turut sama perlu untuk menggalas beban tersebut kerana ketika beliau berkuasa, orang melayu dan islam juga berpecah belah disebabkan sikapnya.

Di bawah pemerintahan Tun Mahathir, melayu islam UMNO pernah berpecah kepada beberapa parti seperti Semangat 46 dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Berbalik kepada tulisan mantan Perdana Menteri itu, pada perenggan 4, beliau menyatakan bahawa tindakan Hadi yang pernah mengkafirkan UMNO suatu ketika dahulu kini sudah terbalas dan berbalik kepada Presiden PAS itu apabila sanggup untuk bekerjasama dengan DAP. 

Mahathir menggambarkan tindakan PAS yang pernah bekerjasama dengan DAP itu sebagai "Sumpah Makan Tuan" dan tuduhan kafir itu telah berbalik kepada PAS.

Jika itu yang mahu dinyatakan Mahathir, sewajarnya beliau sedar bahawa PAS sekarang tidak lagi bersama DAP. Sebaliknya yang kini ke hulu ke hilir bersama DAP adalah parti pimpinan beliau sendiri iaitu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Adakah tindakan PPBM yang kini bersama dengan DAP di dalam Pakatan Harapan juga menggambarkan beliau juga sudah boleh digelarkan kafir?

http://chedet.cc/?p=2655

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment