Bekas Kekasih Lahirkan Anak, Pelakon Popular Lesap Tidak Dapat Dihubungi


KUALA LUMPUR, 15 Nov — Seorang pelakon popular didakwa meniduri bekas kekasihnya hingga melahirkan anak tetapi enggan bertanggungjawab.

Pelakon "kegilaan ramai" mendiamkan diri selepas mengetahui wanita itu hamil tiga bulan selepas bermalam bersama di Port Dickson, lapor mStar Online.

Didakwa pernah bercinta empat tahun lalu tetapi hubungan mereka terputus sebelum bertemu semula awal tahun ini.

"Kami bertemu semula melalui aplikasi Bigo dan dia ajak jumpa dan makan malam bersama. Ketika itu dia yang rancang kami tidur bersama di Port Dickson dan ketika itu saya dalam keadaan subur," kata wanita itu.

Gadis dalam usia 20-an itu kecewa apabila pelakon drama itu tidak menjawab panggilan dan mesejnya, sebaliknya kekasih pelakon tersebut pula menyerangnya.

"Saya tidak mahu memanjangkan cerita kepada orang lain, saya cuma mahu dia datang jumpa dan buat DNA sama ada bayi ini anak dia atau bukan," katanya, yang membenarkan rakaman suara temu bual oleh portal itu.

Wanita berkenaan mahu pelakon itu "membayar kos pemeriksaan kandungan itu sepanjang sembilan bulan beliau mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta."

"Saya tidak mahu apa pun, saya tidak berniat nak suruh dia jaga bayi ini atau kahwin dengan dia. Saya mahu dia bertanggungjawab sedikit, sekurang-kurangnya bayar bil pemeriksaan kandungan saya di hospital swasta.

"Sepanjang sembilan bulan itu saya terpaksa ke hospital swasta kerana berasa malu," katanya yang sudah menguruskan pendaftaran bayi berkenaan.

"Cuma sehingga kini saya simpan rahsia siapa bapa kepada bayi ini, biarlah saya sahaja yang tahu," katanya yang bersyukur kerana ibu bapa menerima beliau dan anaknya.


Read more at http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/bekas-kekasih-lahirkan-anak-pelakon-drama-lesap#bHurqVyI1p0krBwG.99
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment