Banjir Pulau Pinang : Seluar Ahli Parlimen Tanjong Terlondeh?


Banjir terburuk yang melanda Pulau Pinang sejak beberapa hari lepas nyata memberikan seribu hikmah kepada penduduk negeri itu.

Musibah yang meragut tujuh nyawa itu kini dalam proses pemuliham dengan beberapa kawasan masih ditenggelami air. Beberapa perkara juga menjadi bualan netizen berkaitan bencana tersebut yang melibatkan sikap pemimpin DAP atau Pakatan Harapan itu sendiri.

Sikap hipokrit DAP terserlah sejak hari pertama bencana tersebut membadai Pulau Pinang. Lim Guan Eng melalui rakaman yang tular melalui medium Whatsapp dan media sosial tampil memaklumkan bahawa beliau telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri sekitar jam 3:30 pagi bagi mendapatkan bantuan.

Sekalipun Lim Guan Eng cuba menunjukkan kesedihannya melalui video tersebut, ironinya tanpa diketahui oleh beliau, Pasukan Pemantau 509 Askar Wataniah telah pun digerakkan sejak jam 1:10 pagi lagi.

Semalam, ketika perbahasan parlimen sessi petang, Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik telah bangkit dan mempersoal gerak kerja yang dilakukan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dan menyifatkan ramalan yang dikeluarkan jabatan itu adalah amat lambat dan tidak profesional.

Beliau menyatakan bahawa kelambatan ramalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi itu telah menyumbang kepada kesukaran rakyat Pulau Pinang untuk membuat persediaan menghadapi bencana itu.



Terlalu mudah untuk Ahli Parlimen Tanjong itu menuding jari dan menyalahkan pihak lain di atas bencana yang menimpa.

Ng Wei Aik mempertikai ramalan banjir yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada sidang parlimen 07 November 2017, tetapi sedarkah Ng Wei Aik, sebenarnya beliau sendiri pernah mendakwa bahawa isu banjir Pulau Pinang telah diselesaikan pada 2013.

Jika masalah banjir telah diselesaikan, kenapa masih perlu menyalahkan ramalan Jabatan Metereologi yang didakwa lambat dan tidak profesional. (klik untuk bacaan seterusnya)


KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment