26 Bahagian PPBM Kemuka 358 Aduan Kepada ROS


Sebanyak 358 aduan berhubung kegagalan pucuk kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mematuhi ketetapan parti telah dikemukakan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) oleh 26 bahagiannya di Johor setakat 20 November lalu.


Angka yang dikemukakan oleh bekas Penyelaras PPBM Parlimen Kluang, Arjuna Putra Ali itu sekali gus menidakkan penafian dibuat Ketua Bahagian PPBM Ledang, Mohd. Solehan Badri kononnya tidak ada isu aduan daripada lapan bahagian PPBM Johor terhadap pucuk kepemimpinan parti.

Arjuna malah memberitahu, Ahli Jawatankuasa Bahagian PPBM Ledang, Zaharuddin Mat Isa yang sebelum ini merupakan Setiausaha Bahagian itu sendiri telah menandatangani aduan rasmi ke ROS termasuklah isu berkaitan ketua penaja proksi.

“Bagaimana beliau ingin menafikan sedangkan Zaharuddin sendiri yang menghubungi kami untuk ambil beliau di plaza tol Tangkak dan terus bergegas ke Putrajaya.

“Di sini jelas, tindakan Mohd. Solehan hanya ingin mengalihkan tumpuan terhadap kemelut yang melanda PPBM dan Pakatan Harapan diketuai DAP,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 1 November lalu, Arjuna Putra bersama beberapa kepemimpinan PPBM Johor mengemukakan aduan kepada ROS berhubung kegagalan pucuk pimpinan PPBM mematuhi ketetapan perlembagaan parti itu.

Kesemua lapan Bahagian PPBM negeri Johor yang mengemukakan aduan itu adalah Bakri, Kluang, Semberong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang, Batu Pahat dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bahagian Semberong.

Mengulas lanjut, Arjuna Putra menjelaskan, berdasarkan perlembagaan rasmi parti, setiap bahagian perlu mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) dalam tempoh 60 hari dan mesyuarat cawangan dalam masa 14 hari sebelum persidangan agung pusat dapat dijalankan.

Berikutan itu, beliau secara sinis mempersoalkan bila tarikh persidangan agung parti dapat dijalankan sekiranya semua 159 bahagian (seperti didakwa) perlu mengadakan mesyuarat terlebih dahulu.

“Bila agak-agaknya boleh dilaksanakan? Apakah sehingga tahun 2050?” sindir beliau. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 Komentar :

  1. Halo,
    Ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete