115 Cerun Di Pulau Pinang Runtuh Sejak 15 September - Exco


GEORGE TOWN: Sebanyak 131 kejadian cerun runtuh berlaku di Pulau Pinang berikutan angin kencang dan banjir yang melanda negeri ini sejak 15 September hingga 4 November lepas, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 46 kejadian cerun runtuh berlaku dalam kejadian bencana alam 15 September lepas, manakala 85 kejadian cerun runtuh pada 4 November di sepanjang rizab jalan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Jalan-jalan yang terkesan iaitu Jalan Persekutuan Paya Terubong, Jalan Tanjung Tokong-Batu Ferringhi-Teluk Bahang-Balik Pulau, Jalan Tun Sardon dan Jalan Jeep, Bukit Bendera,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2018 pada persidangan DUN Pulau Pinang.

Beliau berkata, buat masa ini, Jalan Tun Sardon masih ditutup kepada lalu lintas untuk kerja pembersihan tanah dan pembaikan.

Jalan itu akan dibuka kepada trafik mulai 5 petang esok, manakala Jalan Paya Terubong sudah dibuka pada 7 November lepas.

“Di samping itu, Jalan Jeep di Bukit Bendera yang ditutup sejak 5 November boleh dilalui pada 10 November. Bagaimanapun, kerja pembersihan masih berjalan di tapak,” katanya.

Mengenai perkembangan pasca banjir, Lim berkata, pihaknya masih memberi tumpuan kepada kawasan di Seberang Perai Utara memandangkan limpahan air sungai dari Sungai Jarak dan Sungai Kulim merupakan salah satu punca air bah membanjiri kawasan berhampiran.

Beliau berkata, JKR memberi keutamaan untuk mengawal trafik dengan meletakkan papan tanda, selain turut menjalankan kerja pembersihan runtuhan, pokok tumbang dan pembaikan kecil.

Lim berkata: “Berita gembira buat negeri Pulau Pinang apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kelulusan peruntukan Bajet 2018 untuk pembesaran LTAPP (Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang). Terima kasih diucapkan atas keprihatinan kerajaan persekutuan.”

Persidangan bersambung esok.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment