Zamihan Dirujuk Ke Lembaga Tatatertib JAKIM, Direman Hari Ini


Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), Zamihan Mat Zin, yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Johor, akan dirujuk kepada Lembaga Tatatertib Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha, berkata pihaknya sudah memanggil Zamihan, pagi tadi untuk mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan terbabit.

“JAKIM memandang serius terhadap ceramah disampaikan Ustaz Zamihan Mat Zain, iaitu pegawai kader JAKIM di Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang kini ditempatkan di Penjara Kajang.

“Ceramah Beliau yang telah dimuat naik dalam Youtube didakwa mengandungi unsur kritikan terhadap DYMM Sultan Johor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu difahamkan Zamihan telah ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur kira-kira jam 3.50 petang tadi.

Dia disiasat mengikut Akta Hasutan bersama Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut Wan Ahmad Najmuddin penceramah yang pernah berkhidmat bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta Kementerian Dalam Negeri itu akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan kebenaran tahanan reman esok.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment