[VIDEO] Wan Ji Wan Hussin Ditahan Di Masjid Sembilang Bantu Siasatan


Seorang pendakwah Islam, Wan Ji Wan Hussin dilaporkan ditahan sebentar tadi di Masjid Sembilang, Seberang Jaya bagi tujuan membantu siasatan.

Berdasarkan maklumat awal yang belum disahkan, penceramah itu ditahan di bawah Akta Hasutan kerana kenyataannya berhubung usaha menghapuskan sistem beraja di negara ini.

Wan Ji sebelum ini dilaporkan mengeluarkan beberapa kenyataan kontroversi berkaitan agama Islam dan penghapusan institusi diraja itu juga pernah ditahan untuk membantu siasatan di bawah akta yang sama pada 2014.

Untuk rekod, Wan Ji Wan Hussin juga telah dilantik sebagai pegawai penerangan bagi membantu usaha menjawab naratif tidak benar terhadap kerajaan negeri dalam perkara berhubung agama Islam.

Berikut adalah rakaman secara langsung  dari pemilik akaun facebook Muhsin Latheef berkaitan penahanan tersebut yang dilakukan di Masjid Sembilang, Seberang Jaya.

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment