"Ustaz" Dicari Bantu Siasatan Kes Penipuan Penjualan Rumah Harga Murah


Seorang individu yang dikenali sebagai ‘Ustaz Zubir’ sedang diburu polis bagi membantu siasatan kes penipuan jualan rumah banglo oleh DBI Properties (DBI) dan Juta Kelulut Global Resources membabitkan kerugian yang kini mencecah RM6.8 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Zubir Yahya merupakan individu yang dikehendaki polis untuk membantu melengkapkan siasatan kes penipuan terbabit.

“Kita meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Ustaz Zubir agar dapat menyalurkan pihak kami. Setakat ini empat suspek termasuk Datuk Noruliman A. Rahman atau Boy Iman yang merupakan pemilik DBI yang ditahan pada 2 Oktober lalu masih disiasat polis.

“Siti Nurbaiyah Yahya lebih dikenali sebagai Anggun yang ditahan pada 27 September lalu sebagai suspek keempat kes penipuan tersebut juga ditahan semula di Sungai Besar dan direman Isnin lalu di Klang Utara,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat JSJK di sini hari ini.

Jelas Acryl Sani, laporan mangsa berhubung kes berkenaan turut meningkat kepada 210 berbanding 188 Selasa lalu.

“Kita telah membuka 18 kertas siasatan berhubung kes ini yang turut melibatkan mangsa daripada beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan, Johor dan Se­langor,” ujarnya.

Dalam perkembangan ber­kai­tan, beliau turut mengesahkan keempat-empat suspek akan di­bawa ke mahkamah untuk me­nyambung reman bagi meneruskan siasatan.

Isnin lalu, Boy Iman berusia 37 tahun ditahan di Balai Polis Bukit Indah Ampang selain polis me­nyerbu pejabat Wisma DBI miliknya termasuk merampas dokumen berkaitan kes berkenaan.

Dua lagi individu berusia 29 dan 45 tahun dipercayai Pengarah Juta Kelulut Global Resources turut ditahan pada hari yang sama.

Pada awalnya, polis menerima 188 laporan terhadap kedua-dua syarikat berkenaan yang menawarkan rumah kepada mangsa dengan harga sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo de­ngan keluasan 1,650 kaki persegi, namun tiada pembinaan dijalankan walaupun bayaran dibuat mangsa.

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment