Tragedi Tanah Runtuh: Dua Lagi Mayat Mangsa Ditemui, Lapan Masih Dicari


Mayat mangsa kelima dan keenam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah dikeluarkan pasukan penyelamat, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Moktar, berkata kedua-dua mayat dikesan anggota penyelamat yang melakukan pemantauan permukaan di lokasi kejadian.

“Mayat kelima adalah warga Indonesia dikenali sebagai Erwin.

“Mangsa dikesan pasukan penyelamat dalam keadaan tertimbus sebelum mayatnya dikeluarkan pada jam 2.45 pagi, manakala identiti mayat keenam belum dikenal pasti.

“Kita turut mengeluarkan mayat warga Indonesia dikenali sebagai Hosrin pada jam 11.30 malam tadi, sekali gus menjadikan bilangan mangsa tertimbus berbaki lapan orang.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan jam 8 pagi ini,” katanya seperti dilaporkan..

Seramai 14 pekerja pembinaan yang melakukan kerja mengikat konkrit terperangkap dalam kejadian runtuhan tanah pada jam 8.50 pagi semalam.

Susulan kejadian itu, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Unit Anjing Pengesan (K9) dikerahkan bagi membantu operasi SAR mangsa yang tertimbus dalam runtuhan tanah terbabit.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment