Selepas Kuala Lumpur Dan Muar, Boy Iman Direman 3 Hari Di Shah Alam Pula


SHAH ALAM, 7 Okt ― Bekas pelakon Datuk Nuruliman A. Rahman ditahan reman tiga hari lagi, di sini pula, berkaitan kes penipuan melibatkan RM6.2 juta.

Dikenali Boy Iman, pengarah urusan DBI Properties sebelum ini direman di Muar dan Kuala Lumpur berhubung siasatan kes yang sama. 

Tindakan reman dibuat susulan aduan polis di Sungai Buloh, lapor Sinar Harian.

Turut direman tiga pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources, berumur antara 30 hingga 45 tahun, mengikut seksyen yang sama.

Khamis lalu Mahkamah Majistret Muar memerintah Boy Iman, 37, direman dua hari.

Polis menyiasat dakwaan penipuan jualan rumah murah membabitkan mangsa di Negeri Sembilan, Johor dan Selangor.

Polis menerima 200 aduan berkaitan penipuan jualan rumah dengan harga RM60,000 untuk keluasan 1,650 kaki persegi.

-MMO
 
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment