Portal Pro UMNO Dakwa Lantikan Wan Ji Sebagai Pegawai Penerangan Berkait Gerakan Hapus Kesultanan Melayu?


Benarkah ideologi ketua exco agama Pemuda PKR, Wan Ji Wan Hussin yang mahu menghapuskan kesultanan Melayu dan diganti dengan Negara Republik merupakan resume yang kukuh untuk beliau dilantik sebagai pegawai penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini?

Dalam satu rakaman yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini, Wan Ji mengakui beliau mengetuai satu gerakan untuk menghapuskan kesultanan Melayu dan diganti dengan sistem negara Republik yang disasarnya pada tahun 2030.

Wan Ji turut menyifatkan sistem kesultanan negara ini seumpama hukum Islam terhadap babi yang menurutnya lebih banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan.

“Sultan, monarki ini ada baik sikit tetapi mudaratnya banyak. Hukum lebih kurang macam babi juga.

“Habis duit rakyat, mengarahkan sesuka hati, banyak dasar yang agak terbantut kerana faktor sultan, tak lantik Exco, menyusahkan orang, goyang kaki, pembaziran. Baik sikit je kot, nak jaga Melayu je,” ujarnya dalam rakaman itu.

AIDCNews sebelum ini pernah mendedahkan pengakuan bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman yang berkata matlamat utama DAP adalah untuk menghapuskan kesultanan Melayu dan diganti dengan sistem republik.
Kami ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah Republik, macam Singapura. Sebab itulah kami cukup rapat dengan kerajaan Singapura ni. Cukup rapat. Kita ingin menjadikan Malaysia sebuah Negara Republik. 
Sistem Raja Berperlembagaan.. Kita akan hapuskan. Lim Kit Siang biasa kata dalam mesyuarat, Raja-raja yang ada di Malaysia ini adalah dari keturunan lanun, perompak dan penjudi. Adakah awak mahu diperintah oleh lanun (raja) dalam negara ini ?, dia tanya. 
Tuan-tuan masih ingat tak apa yang berlaku pada 11 April (2012) yang lalu, semasa pertabalan Yang Maha Mulia Duli Yang Dipertuan Agong. Tengok, bagaimanakah mereka menghina dan mencaci Raja. 
Kerana apa? Mereka yakin kalau dapat tawan Putrajaya, itulah pertabalan terakhir Agong di bumi Malaysia ni. Lepas ini tak ada dah. Kita akan lantik Presiden. Kita akan turunkan sembilan Raja. Kita akan lantik satu Presiden. 
Presiden pertama, memang kita akan bagi kat orang Melayu. Yang pertama sahaja. Lepas yang kedua, seterusnya akan diberi kepada orang Cina dan India. Macam Singapura lah, yang pertama dia bagi kat orang Melayu, lepas itu mana ada dah. 
Tengok sejarah Singapura. Yang pertama saja bagi kat orang Melayu, semua Cina-India..Cina-India saja. Itulah perancangan DAP. 
Lagu Negaraku dengan bendera Malaysia telah pun diubah suai. Saya dengar sekali lagu negaraku baru di Hotel Paramount Sibu, di ambang pilihan raya negeri Sarawak pada tahun lalu. 
Saya dengar, saya lihat bendera Malaysia yang baru sekali. Itulah kali pertama dan kali terakhir saya melihat dan mendengar. Depa buat di Hotel Paramount, secara tertutup. 
Lagu Malaysia baru ni, perkataan Raja tak ada. Beberapa perkataan lain diubah suai. Melodi dan iramanya semuanya sudah lain dah. 
Penulis lirik lagu Negaraku adalah orang Selangor berbangsa Cina. Orang Selangor juga dia. 
Dan bendera Malaysia untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, di tengah-tengah tu, bintang tak ada bulan tak ada, benda lain yang ada. Warna pun telah ditukar. Tuan-tuan masih ingat tahun lalu, DAP kata bendera Malaysia patut diubah suai.

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment