Kassim Ahmad Meninggal, Keluarga Mahu Saman JAWI


Peguam, Rosli Dahlan mengesahkan bahawa keluarga Kassim Ahmad telah mengarahkan beliau untuk mendapatkan pampasan daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui prosiding mahkamah, kerana percaya bahawa keengganan jabatan tersebut untuk menarik balik pendakwaan Syariah terhadap ahli octogenarian tersebut telah memburukkan lagi kesihatannya, lapor sebuah portal tempatan. 

“Dia meninggal dunia pagi ini. Dia koma sejak malam sebelumnya.” 

Kassim Ahmad sebelum ini pernah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina agama Islam. Mahkamah Tinggi Syariah kemudian melepaskan dan membebaskan Kassim Ahmad selepas memerintahkan penarikan balik tuduhan itu. 

Menurut Malay Mail Online, anak lelakinya kemudian menyatakan kesyukuran kerana seluruh pengalaman pahit sepanjang tiga tahun telah berakhir, dengan menyatakan bahawa bapanya sebelum ini terpaksa mengharungi perjalanan kereta selama empat hingga lima jam setiap kali mahu menghadirkan diri ke mahkamah di Putrajaya dari Kulim, Kedah. 

Peguam, Rosli Dahlan juga menegaskan bahawa jaminan yang dikenakan memestikan Kassim Ahmad dan ketiga-tiga penjaminnya hadir secara fizikal setiap kali mahkamah bersidang.

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment