[GAMBAR] Ibubapa Kanak-Kanak Dirantai Pada Tong Gas Direman


Seorang anggota tentera dan isterinya direman selama lima hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes dera anak lelaki mereka yang ditemui dirantai pada tong gas semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Rosli Ab Rahman berkata, suspek berusia 32 tahun dan isterinya berusia 37 tahun ditahan ekoran penemuan kanak-kanak malang itu, selepas polis terpaksa memecah masuk bahagian belakang rumah yang terletak di Indera Mahkota 1 di sini, pada pukul 10 pagi semalam.

Beliau menambah, semasa ditemui, mangsa yang berusia 10 tahun hanya memakai seluar dengan lehernya diikat pada tong gas berwarna hijau menggunakan rantai besi dan kunci mangga.

“Mangsa dipercayai berada dalam keadaan itu selama dua jam dan ditinggalkan di rumah bersama-sama dengan adik bongsu berusia dua tahun, yang semasa serbuan berada di tingkat atas rumah.

“Ibu mangsa dipercayai keluar berniaga manakala dua lagi adik beradik mangsa masing-masing berusia 13 dan enam tahun ke sekolah,” katanya kepada pemberita semasa ditemui pada Program Gaya Hidup Sihat di Kem Bukit Galing di sini.

Menurutnya, kanak-kanak itu masih bersekolah di sebuah sekolah rendah di Indera Mahkota.

Katanya, polis kemudian menghubungi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk membawa mangsa mendapatkan rawatan kesan kecederaan pada bahagian leher akibat dirantai.

Difahamkan, kanak-kanak malang itu hanya tidak ke sekolah kelmarin dan bapanya yang gagal menahan marah, dipercayai bertindak di luar batasan dengan menghukum anaknya itu.

Abdul Aziz berkata, pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu kini direman seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016. – Bernama

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment